Hiburan

Sempurna sudah majlis tahlil 40 hari Alif Johan, Johan Nawawi

HARI ini genap 40 hari anakanda penyanyi Nora Ariffin pergi meninggalkan kita semua.

Sempena memperingati pemergian allahyarham Alif, pukul 9 pagi tadi telah diadakan majlis tahlil dan bacaan yassin buat arwah.

Tahlil juga buat allahyarham Johan Nawawi yang telah pulang kerahmatullah pada 24 Mac 2017 lalu oleh anak-anak tahfiz dari Surau Al-Mujahiddin, Bangi, Selangor.

Majlis dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai Nora.

Sejurus tamat majlis tahlil, akan diikuti dengan program Perkongsian oleh Ustaz Hanafiah dan pengenalan Nora selaku Duta Umrah Eco.

Pakej mengerjakan umrah dan ziarah bersama Nora adalah pada 18 Mac sehingga 29 Mac ini. – SM

Tags

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button
Close
Close