Politik

Selesaikan dahulu kes mahkamah, baru sertai PRU15

KEDUA-DUA pemimpin UMNO ini perlu selesaikan kes-kes mahkamah mereka, baru sertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Raja Iskandar Shah Raja Munawar Shah berpendapat demikian dan sebagai ahli parti, beliau berkata, rakyat mahu melihat kedua-dua mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membersihkan diri mereka dari tuduhan jenayah, rasuah dan pengurupan wang atau money laundring.

“Ini bukan satu jenayah ringan. Ini jenayah yang berat, bukan sahaja membersihkan diri mereka tetapi akan memulangkan semula maruah negara di mata dunia antarabangsa” kata Raja Iskandar Shah dalam catatannya.

Di Amerika Syarikat, kes 1MDB ini telah disebut sebagai Satu Kes Skandal Kewangan dan Rasuah yang terbesar didunia, yang melibatkan seorang Ketua Negara (Perdana Menteri), kata Raja Iskandar Shah.

“Ini merupakan satu rekod dunia yang tidak seharusnya dibanggakan oleh Malaysia.


“Baki komitmen hutang 1MDB setakat bulan Jun 2022 adalah berjumlah RM32.08 bilion.

“Manakala, bagi tempoh April 2017 hingga Mei 2022, Kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan sebanyak RM10.85 bilion ringgit, untuk bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB.

“Fikirkanlah apa yang boleh dilakukan untuk membantu rakyat pada ketika ini, dengan wang RM32.08 bilion dan RM10.85 bilion ini,” ujar Raja Iskandar Shah.

Katanya lagi, kedua-dua pemimpin yang bermasalah dengan pelbagai kes mahkamah ini perlu mengundurkan diri dari politik buat sementara.

“Bersihkan diri. Bersihkan nama parti UMNO dikaca mata rakyat dan pemimpin ASEAN serta Dunia.

 

“Jangan adakan pilihan raya dahulu, amat merbahaya untuk UMNO sekiranya isu-isu mahkamah ini belum selesai,” ujar beliau.

Raja Iskandar Shah  juga berkata, Rafizi (PKR) pasti akan menyerang UMNO lagi mengenai isu-isu skandal kewangan ini.

Pada penghujung Ogos ini (bulan depan), negara akan mendapat kepastian sama ada Najib Razak di Mahkamah Persekutuan didalam Kes SRC International berjaya atau tidak.

“Kemudian, pada November ini, rakyat akan mendapat keputusan dan kepastian samada Zahid Hamid didapati bersalah ataupun tidak bersalah didalam kes-kes mereka.

“Sekiranya didapati tidak bersalah, Presiden UMNO boleh terus memimpin UMNO untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum.

“Tetapi sekiranya didapati bersalah di Mahkamah Tinggi, Presiden UMNO berkemungkinan besar akan dinasihatkan mengundurkan diri buat sementara waktu dari politik dan tidak mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU15,” kata Raja Iskandar Shah.

Bersihkan Parti UMNO.

Kembalikan Maruah Pemimpin Negara.

Pastikan Calon-Calon PRU UMNO adalah Calon yang berintegriti, jujur, bersih dan amanah. – SM

(Visited 166 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button