Politik

Selepas ditolak UMNO, PAS kukuhkan kerjasama dengan PN

PAS berpatah arang, berkerat rotan nampaknya dengan UMNO apabila Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah dan dinyatakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya..

Selain itu, beberapa keputusan turut dibuat dalam mesyuarat tersebut termasuk memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan Perikatan Nasional.

“Keputusan turut diambil tentang senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” ujar beliau.

Keputusan mesyuarat itu, kata Abdul Hadi, turut mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah. – SM


(Visited 91 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button