Hiburan

Cheta, pulangkan duit aku!

NAMA pengasas produk ESW yang juga pempengaruh media sosial, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin), kembali hangat dalam kalangan warganet apabila melakukan beberapa posting panas sejak kebelakangan ini membabitkan seorang wanita bernama Che Ta.

Namun begitu, Che Ta yang dimaksudkan bukanlah selebriti popular tempatan, Rozita Che Wan, sebaliknya seorang usahawan juga pengasas produk Secret Desire, Rozita Baharom atau lebih dikenali dengan panggilan Cheta Potpet.

Iddin berkata, dia telah ditipu sebanyak RM150,000 oleh Cheta dan suami, Aaron Lee untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas wang diberikan pasangan itu sepi seribu bahasa serta mengelak dari bertemu atau berhubung.

“Che Ta dan suami sila pulangkan duit saya! Tempoh dua minggu diberikan untuk kamu berdua jelaskan hutang sebanyak RM150,000 sudah tamat. Sekarang lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima.

“Saya ada bukti surat peguam mereka yang bertarikh 7 Jun 2023, antara lainnya menyebut anak guaman mereka Mohd Rosli b. Abu Bakar (Aaron Lee) berjanji untuk membayar wang kepada saya sebanyak RM150,000 secara berperingkat bermula tarikh 14, 20 dan 25 Jun, dengan jumlah sekali transaksi RM50,000.

“Oleh kerana jaminan surat dari peguam, saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka mungkir janji.

“Pasangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Fitnah apa bendanya, semua bukti ada!,” kata Iddin.

Ujar Iddin lagi, perbuatan khianat Cheta dan suami yang sebelum ini merupakan sahabatnya, terbongkar selepas dia memuat baik satu video pada 1 Jun yang lalu.

Video yang dikongsikan menerusi peranti Tiktok (Iddinsyah.Esw) dengan jumlah tontonan sebanyak 904,900 itu, memaparkan beliau baru sahaja selesai membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara, dalam keadaan marah menuntut agar wangnya segera dikembalikan oleh pengasas terbabit dan suaminya.

@iddinsyah.esw Replying to @Lissa ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Pasangan suami itu bukan sahaja mensasarkan Iddin sebagai mangsa, tetapi turut ‘kenakan’ lingkungan rakan-rakan pengasas produk yang rapat dengannya termasuk menipu ramai cawangan pengedar mereka sendiri yang selama ini membantu mengembangkan pasaran produk mereka.

“Ramai yang dah terkena, ramai yang datang mengadu kepada saya, dimana sebahagiannya membenarkan saya membuat perkongsian di Tiktok.

“Bukan main lagi ‘show off’ kehidupan mewah, pergi sana-sini, berjoget sana-sini, joli sana-sini, duk tunjuk dekat orang kononnya mereka kaya dan gah sangat! Perangai serupa dengan taik!

“Cheta dan suami tolong pulangkan duit aku dan semua kawan-kawan yang kau khianat!,” kata Iddin dalam satu temubual.

Ekoran kegagalan Cheta dan suaminya untuk menjelaskan bayaran mengikut tarikh yang ditetapkan, Iddin merancang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini yang turut disertai mangsa-mangsa pasangan suami isteri ini.

“Saya dan pihak guaman sudah siap siaga dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka jika tidak mengembalikan wang saya dalam kadar segera,”katanya. – SM 

Artikel berkaitan > “Saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri.”- Tan Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

(Visited 653 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button