Nasionalpilihan

Pertandingan Memancing Sungai Melaka 2024 tawar RM30,000 selaku juara

HADIAH wang tunai RM30,000 menanti juara pertandingan Memancing Sungai Melaka 2024 sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) pada 25 Februari ini.

Jurucakap Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berkata, pertandingan itu akan diadakan di persisir Sungai Melaka Fasa 2 dari Pengkalan Rama hingga ke Melaka Sentral sejauh 5.2 kilometer (km).

Menurutnya, naib juara pula bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dikuti RM3,000 bagi pemenang tempat ketiga.

“Bagi hadiah tempat keempat hingga ke-10 akan menerima sebanyak RM500 selain manakala dari tempat ke-11 hingga ke-20 mendapat RM200 dan RM150 lagi kepada pemenang di tempat ke-21 hingga 200.

“PPSM menyasarkan lebih daripada 1,500 pemancing akan menyertai pertandingan ini yang kali kedua dianjurkan seperti tahun lalu kerana hadiah lumayan yang ditawarkan sempena TMM2024,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, penganjur turut menyediakan enam hadiah khas iaitu ikan keli akan menerima RM400, kedua mendapat RM300 dan ketiga hingga keenam bakal meraih RM200.

Katanya, yuran penyertaan bagi acara memancing adalah sebanyak RM80 untuk satu joran.

“Bagi pemancing boleh mendaftar awal dengan mengimbas kod QR yang tertera dalam poster pertandingan. Ia akan bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tenghari,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ditalian 017-6287899, 019-6203040, 016-6875141, 014-3895186 dan 012-2141401.

Selain pertandingan memancing, PPSPM turut menganjurkan Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar di kawasan parkir pejabat PPSPM.

Menurut jurucakap itu, pertandingan itu mempertandingkan dua kategori iaitu Modern Ethnic Cuisine Melaka (MEI) dan Tradisional Ethnic Cuisine Melaka (TE2).

“Bagi pertandingan ini ia diadakan secara individu serta diadakan dua sesi dengan bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM50,” katanya.

Ujarnya, dapur memasak dan wajib menggunakan bahan kering serta bahan basah yang disediakan penganjur melainkan peralatan serta hiasan disediakan peserta.

Katanya, juara bakal menerima hadiah wang tunai RM1,000, naib juara mendapat RM500, ketiga RM300 manakala dari tempat keempat hingga ke-10 masing-masing mendapat RM100.

Untuk pendaftaran setiap peserta perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada poster pertandingan. – SM

Artikel berkaitan > Ribuan spesis ikan mati bukan berpunca sungai Melaka tercemar

(Visited 1,805 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button