Nasional

Rakyat mula meluat gambar publisiti murahan bagi air percuma

PIHAK tertinggi pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dan wakil rakyat di negeri Selangor dinasihatkan agar tidak lagi memaparkan gambar memberi sumbangan air bersih dalam botol kepada rakyat.

Gambar-gambar tersebut yang hadir di media sosial Air Selangor dan wakil rakyat negeri itu setiap kali masalah bekalan air berlaku dianggap sebagai menyakitkan hati.

Rata-rata pengguna media sosial terutama di Lembah Kelang semakin meluat dengan publiciti yang dianggap sebagai tidak lagi sesuai kerana setiap kali masalah air berlaku pada setiap kali itulah ‘pose’ yang sama ditampilkan di media sosial.

Perasaan geram penduduk Lembah Kelang diluahkan di Facebook Air Selangor.

Foto Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman dan Ahli Dewan Udangan Negeri Bukit Gasing R. Rajiv k mengagihkan air botol minuman 5 liter kepada penduduk di Flat Taman Gasing Indah, Petaling Jaya petang tadi dipenuhi komen yang mahu isu air diatasi segera.

 

“How is this action helping?” tanya Jessie Priya.

“Boleh tak jangan buat posting mcm ni? Menyakitkan hati. Tau tak? ” komen MdRazali Hj. Abdul Habi.

“Not need to show your publicity like you doing work. We know your capabilities based on past few months record. Bunch of useless incompetent management,” kata Steve Chow.

“Ambik gambo pegang air sebagai bukti buat keje,” sindir Siti Mariam Rhcp.

“YB ambik kesempatan ke publicity,” soal Mohd. Hairul Faiz.

“Setakat gambar camtu meh datang rumah saya ni. Dah tu kita bergambar biar rakyat Selangor bangga,” sindir Amir Ruslan.

“Setakat edar air kepada para pengguna tak mampu membuatkan saya merasakan ianya nilai tanggungjawab. Sorry,” kata Zulfah Salam.

“Great job on the gratuitous photo op! Why can’t you focus on preventing the pollution of the water source in the first place instead?” soal Harvuna Olikh.

“Geram betul tenguk publicity murahan seperti ini kami nak air paip sahaja bukan air dalam botol spt itu faham tak!” kata Waslin Erekh.

Ssebanyak 1.13 juta akaun pengguna di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat berdepan gangguan bekalan air sejak semalam.

Ia berikutan penutupan empat Loji Rawatan Air (LRA) akibat insiden pencemaran bau.

Kejadian tersebut adalah kali ke-9 tahun ini dan disindir sebagai menjadi acara bulanan di negeri Selangor.-SM

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button