Nasional

Covid-19 terus melonjak – 10,089 kes baharu

Gelombang varian Omicron sedang mengganas

ORANG ramai harus berhati-hati sebelum kes Covid-19 meningkat lagi. Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, 10,089 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu. Ia meningkat daripada 9,117 jangkitan semalam.

Menerusi Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19  kini 2,914,220.

Dalam masa yang sama, status kes baharu mengikut negeri hari ini menunjukkan  Selangor mencatat kes harian tertinggi iaitu 2,549.

Ini diikuti oleh negeri Johor Darultakzim,  1,582 manakala Kedah (904), Pulau Pinang (542), Kuala Lumpur (491), Negeri Sembilan (464) dan Melaka (457).

Lain-lain negeri, Perak (321) manakala Putrajaya dan Perlis, masing-masing di bawah 100 kes.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twiter beliau meminta warga emas yang tidak menerima lagi dos penggalak, agar berbuat demikian.

Rasionalnya, gelombang varian Omicron sedang mengganas dan masih ada 1 juta warga emas yang tidak disuntik dos penggalak.

Atas dasar keprihatinan, Khairy mencatat, “tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera.” – SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button