Hiburan

Satu panggung sebak mengenangkan arwah Ashraf Sinclair di konsert BCL

SEMALAM telah berlangsungnya konsert penyanyi kelahiran Indonesia, Bunga Cinta Lestari Blossom di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, Bunga tidak dapat menahan sebak apabila menyanyi lagu “12 Tahun Terindah” yang dicipta khas untuk arwah suaminya, Ashraf Sinclair.

Bahkan bukan sahaja Bunga yang menahan tangisan, malah kesemua penonton juga terikut menangis apabila mengenangkan arwah suaminya.
Semasa di pentas dia sempat meluahkan perasaan dan mengenang semula detik pertemuan serta permulaan bibit cinta mereka.

“Saya merasa terlalu sombong pada saat itu saya adalah wanita paling terbahagia tapi kalau difikirkan lagi yang perlu hanya bersyukur, dari wanita terbahagia saya menjadi wanita paling derita” luahnya selepas mendendangkan lagu ‘Wanita Terbahagia’.

Jelasnya lagi, untuk pulang semula Malaysia bukan mudah buat dirinya sebaliknya perlu mencari kekuatan namun dia bersyukur kerana keluarga mertuanya selalu memberikan dorongan dan semangat.

Rata-rata penonton sangat terhibur dengan keasyikan muzik dan suara lunak dari Bunga malah turut menampilkan anaknya, Noah Siclair menyanyi bersama ibunya di satu pentas.

Konsert tersebut turut dihadiri oleh keluarga Asyraf Siclair dan beberapa barisan artis tanah air, Anuar Zain, Lia Natalia serta beberapa pengaruh media sosial.

Turut hadir tetamu kehormat, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin juga terhibur dalam konsert penuh cinta itu.

(Visited 763 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button