Hiburan

Muat naik video bersama kekasih, ramai suruh Janna Nick kahwin cepat

BARU-BARU ini pelakon dan pengacara, Janna Nick memuat naik satu video bersempena dengan ulang tahun kelahiran kekasihnya yang juga seorang pelakon, Dini Azan Shatzmann.

Dalam video tersebut, Janna mengumpulkan semula momen-momen manis bersama dengan kekasihnya.

“Saya mahu berdiri dengan awak di atas gunung, luangkan masa bersama di pantai, baring sebegini selamanya, hingga awan meruntuh,” kata Janna.

Video tersebut memang menampakkan kemanisan cinta dua pasangan tersebut. Tetapi, ruangan komen juga meriah dengan ucapan daripada rakan-rakan selebriti dan peminat.

Rata-rata yang meninggalkan komen termasuk rakan artis memberitahu yang pasangan tersebut nampak begitu romantis.

Namun, ada juga yang meminta supaya pasangan ini lekas bergelar suami isteri antaranya ialah Zarina Zainuddin dan Fasha Sandha.

“Saya gembira untuk awak adik, saya dapat lihat mata awak bercahaya, sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua, kawin cepat anak korang mesti cantik,” kata Zarina. -SM

(Visited 1,438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button