Hiburan

Tidak pernah tinggalkan Mamat, Resolusi Exists bakal kembalikan nostalgia peminat!

Vokalis kumpulan Exists, Mohd Ali Kamarudin, 43, atau lebih mesra dengan panggilan Mamat mengaku kehidupannya semakin tenang apabila umurnya semakin meningkat.

Mengulas perasaan ketika dijemput untuk terlibat sama dalam konsert Resolusi Exist, Mamat begitu teruja dan akan memberikan komitmen penuh.

“Saya sudah lakukan persiapan untuk masa depan. Saya akan lebih berkongsi tentang kegiatan seni kepada para peminat berbanding hal peribadi.

“Dengan itu, saya juga merasakan lebih tenang sekarang ini, malah lebih bersemangat untuk meneruskan kerjaya seni dan kehidupan,” katanya kepada media.

Mamat berkata demikian ketika ditemui media dalam sidang media konsert Resolusi Exist yang akan diadakan pada 18 September 2022 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.


Mengulas lebih lanjut tentang perjalanan hidupnya sekarang ini, Mamat bersyukur kerana Exist tidak pernah melupakan dirinya dan sentiasa ada bersama.

“Jika tiada persembahan pentas, saya biasanya akan lebih fokus kepada kerja sendiri. Contohnya terlibat dalam kerja-kerja program IT dan lain-lain perkhidmatan,” jelasnya.

Konsert Resolusi Exist dijangka akan berdurasi selama dua jam dan konsert itu bakal mengembalikan nostalgia dari album terdahulu selain menampilkan kemuculan vokalis terbaharu, Pasha dan Eiz.

Tiket dijual pada harga RM190 (Bronze), RM230 (Silver), RM290 (Gold), RM330 (Platinum) dan RM800 (Meet & Greet) bermula jam 3 petang semalam di https://www.ticket2u.com.my/event/28350/resolusi-exists.

(Visited 99 times, 4 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button