Hiburan

Aman Shah meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Penyanyi dan perlakon terkenal era 1980-an Aman Shah 68 disahkan meninggal akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Berita yang menyedihkan ini turut disahkan oleh anaknya, Hadzly, 43 tahun.

Difahamkan Allahyarham dimaksudkan ke hospital (IJN) tiga hari lalu, untuk menjalani pembedahan, namun Aman Shah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras untuk disolatkan.

“Insya-Allah jika tiada aral jenazah ayah saya akan dikebumikan sebelum solat Maghrib,” kata Hadzly.

Sebelum ini Aman Shah pernah membintangi drama dan filem malah beliau juga terkenal dengan lagu raya, Kepulangan Yang Dinanti. -SM

 

 

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button