Ekonomi

Saliva Walit dan SW Gitu-Gitu Sdn Bhd meterai perjanjian Merchant dengan O2O Smart Store

KALAU tidak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya dan kalau usaha tanpa peluang dan ruang diberikan, tentunya produk sarang burung yang diusahakan tidak dipandang khalayak dan sekaligus, dipercayai untuk memeterai satu perjanjian perniagaan.

Semalam adalah hari bersejarah bagi diri artis tanah air, Saiful Apek atau pemilik nama sebenar Mohd Saifulazam Mohammed Yusoff sebagai Pengasas Bersama dengan Pengasas, Noor Azian Mohamed atau lebih mesra dengan panggilan Puan Azie apabila dimenterai satu perjanjian bersama Saliva Walit dan SW Gitu- Gitu Sdn Bhd sebagai Merchant kepada O2O Smart Store di 16 rantaian kedai O2O Smart Store.

Produk Saliva Walit yang diusahakan akan berada di O20 Smart Store yang mana perniagaan secara dalam talian ke talian dapat terus berkembang dan sampai kepada pelanggan sasaran di seluruh negara.

DATUK Dr. Mazlan Ahmad

Sebelum perjanjian dimeterai, dalam sidang akhbar bersama, Pengerusi Eksekutif Richwood Ventures Sdn Bhd, Datuk Dr Mazlan Ahmad dalam ucapannya berkata, ruang yang dibuka kepada seluruh usahawan dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bermatlamat untuk membasmi kemiskinan, sejajar dengan apa yang dihasratkan oleh Saiful Apek.

“Oleh yang demikian, konsep perniagaan adalah peruncitan dan peluang ini dibuka luas kepada semua usahawan di luar sana untuk menyenarai produk mereka di dalam O2O Smart Store,” katanya.

SAIFUL APEK

Dalam ucapannya, Dr Mazlan juga memaklumkan bahawa pihak Syarikat menyediakan 30 peratus ruang dalam kedai O2O Smart Store kepada usahawan tanpa sewaan listing fees.

Menekankan konsep wakaf, Dr Mazlan turut memaklumkan bahawa dalam perjanjian yang dimeterai itu, selain daripada meletakkan produk di dalam O2O Smart Store, Syarikat QR- Pay juga menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian (e-walllet).

“Ini konsep pembayaran dalam talian yang dibuka ini peluang kepada masyarakat khususnya. Ini satu-satunya konsep peluang yang baharu diperkenalkan pada dunia,” ujar beliau.

Sayugia Dr Mazlan juga berkata, QR- Pay adalah sistem pembayaran dalam talian yang telah berada di pasaran sejak setahun yang lalu dan setakat ini, sudah lebih 30,000 orang pengguna yang telah memuat naik aplikasi berkenaan, katanya.

“Jumlah deposit masyarakat yang menggunakan e-wallet QR-Pay kini pula telah melebihi RM32 juta setakat 4 bulan lepas.

“Untuk makluman, e-wallet QR-Pay ini kami gelarkan SuperApps kerana menyediakan banyak perkhidmatan dalam satu applikasi.

“Lebih menyeronokkan applikasi ini menyediakan konsep cash rebate kepada masyarakat amnya,” katanya.

Dr Mazlan juga berkata, adalah menjadi harapan Syarikat untuk melihat modul dan formula wakaf diterap dan seterusnya melahirkan golongan sosial-preneur (sosial entrepreneur). – SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button