BeritaEkonomi

Petronas diarah bayar bekas pekerja RM1.13 juta sebab pecat tanpa sebab

Mahkamah Perusahaan Malaysia mengarahkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) membayar sebanyak RM1.13 juta kepada bekas pekerjanya, setelah mendapati syarikat berkenaan bersalah memecat kakitangan terbabit tanpa sebab dan alasan yang wajar.

Menurut laporan theedgemarkets.com, berdasarkan keputusan mahkamah, bekas pekerja itu, Norain Redzkiah Osman Salleh diberhentikan Petronas pada Disember 2017 kerana didakwa tidak memberikan prestasi yang lebih baik selepas dia diberikan ‘Pelaksanaan Peningkatan Prestasi’ (PIP) selama enam bulan.

Berdasarkan keputusan yang dibaca, Norain telah berkhidmat dengan Petronas selama 24 tahun setelah menyertai syarikat itu pada tahun 1993, sehingga tarikh pemecatannya pada Disember 2017. Sejak diberhentikan, dia gagal mendapatkan pekerjaan.

Noraini mendakwa pemecatannya daripada pekerjaan itu dibuat tanpa sebab dan alasan dan memohon pengembalian semula ke kedudukan terdahulu tanpa kehilangan upah, elaun, kekananan dan keistimewaan.

Hakim mahkamah memutuskan bahawa Norain diberhentikan tanpa sebab dan alasan.

Fakta kes, mahkamah menetapkan untuk Norain kembali kepada kedudukannya di Petronas adalah ‘bukan satu penyelesaian yang sesuai dalam kes ini memandangkan matriks fakta kes ini.

Berdasarkan gaji bulanan sebanyak RM25,769, mahkamah mengarahkan Petronas membayar RM1.13 juta, iaitu meliputi tunggakan sebanyak RM515,380 dan pampasan sebagai ganti pengembalian semula sebanyak RM618,456.

“Mahkamah ini telah menilai semua bukti sebelum mahkamah mendapati bahawa PIP yang dilakukan terhadap pihak yang menuntut tidak menyatakan bahawa pihak yang menuntut adalah seorang yang berprestasi tidak baik sehingga mendapat hukuman pemecatan daripada kerja dengan syarikat itu,” lapor portal itu.

(Visited 454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button