BeritaPendidikan

KUIPs terima sumbangan daripada IKRAM

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menerima RM200,000 daripada pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia berupa sumbangan Wakaf Ilmu yang merupakan inisiatif KUIPs untuk mengumpulkan dana bagi penyelidikan dan biasiswa pelajar melalui endowmen dengan kerjasama pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Penyerahan diterima oleh Rektor KUIPs Dr Rozaimi Ramle daripada Yang DiPertua IKRAM Dr Hj Muhammad Azhar Zailaini sambil disaksikan oleh Canselor KUIPs, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dr Rozaimi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak IKRAM Malaysia semoga sumbangan wakaf ilmu ini berkekalan pahalanya buat mereka. Tambah beliau, sesiapa yang ingin menyumbang untuk wakaf ilmu boleh terus menyumbang ke akaun KUIPs: 25901800007531 (RHB Islamic Bank).

Di majlis yang sama Pertubuhan IKRAM Malaysia turut menyumbangkan RM100,000 kepada MAIPs untuk Rumah Perlindungan MAIPs yang diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir ke program yang disekalikan dengan ‘Program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke 14 bagi tahun 2022 yang bermula dan berakhir di Masjid Long Boh baru-baru ini ialah Ahli Jawatankuasa IKRAM Malaysia terdiri daripada Hj Fakhrudin Abd Karim, Hj Ariffin Abd Manaf, Hj Ahmad Bukhari Ashaari, Hj Adnan Ahmad dan Abdul Razak Osman Narintal.

Muhammad Azhar berharap agar sumbangan tersebut dimanfaatkan dalam tabung wakaf, sebagai tambahan atau ‘seed money’ untuk KUIPs mengembangkan lagi konsep wakaf kerana telah terbukti bahawa kebanyakan universiti-universiti Islam besar di dunia ini juga membangun atau berkembang dengan sumber wakaf.

Beliau juga memuji inisiatif program MAIPs Peduli yang sangat hebat diketuai sendiri oleh Tuanku Raja Muda dalam menyantuni rakyat dan turut diiringi juga pegawai-pegawai kanan pelbagai agensi dan swasta yang pastinya mereka berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Beliau juga mendoakan keberkatan oleh Allah swt dan dikurniakan kesihatan yang baik kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Tuanku Syed Faizuddin Putra untuk terus menaungi dan memimpin rakyat negeri Perlis yang sungguh bertuah ini di samping MAIPs akan terus berkembang dan membangun membantu ummah di negeri ini.

Sempena program tersebut bagibda berkenan singgah dan merasmikan sebuah projek usahawan yang menerima peruntukan sumbangan sosio-ekonomi asnaf untuk membeli peralatan dapur bernilai RM800 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) berupa gerai makan bihun sup dan burger milik Zulkiflie Che Mat.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda turut berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada empat buah keluarga asnaf terpilih terdiri daripada Nor Hashimah Abd Razak, Sharifah Sabu, Aminah Abdullah @ Wangnong Bang On dan Mohamad Kairul Ikeram Mohamad.

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button