EkonomiUncategorized

Prestasi KWSP kukuh, dividen 5.45

Oleh BERNAMA

Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan prestasi kukuh bagi 2019 yang disumbangkan oleh operasi dan kewangan, seterusnya membolehkannya mengisytiharkan dividen sebanyak 5.45 peratus dengan jumlah agihan RM41.68 bilion untuk Simpanan Konvensional.

Justeru, KWSP telah memberikan 2.95 peratus melebihi kadar yang dimandatkan di bawah Akta KWSP 1991, yang memerlukan pengisytiharan dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5 peratus setiap tahun.

Di samping itu, dividen purata tiga tahun KWSP untuk Simpanan Konvensional selepas penyelarasan inflasi, adalah 4.33 peratus, iaitu 2.33 peratus melebihi sasaran tiga tahun KWSP sebanyak 2.00 peratus.

— BERNAMA

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button