Ekonomi

Leon Fuat catat peningkatan untung selepas cukai 470% pada suku ketiga

LEON Fuat Berhad (Leon Fuat), pengeluar dan pedagang produk besi keluli, mengkhusus di dalam produk panjang bergulung dan rata, hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan ini mencatat peningkatan sebanyak 470.4% di dalam keuntungan selepas cukai (“PAT”) kepada RM38.66 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2021 (“Q3FY2021”) berbanding RM6.78 juta dalam tempoh suku yang sama tahun lalu (“Q3FY2020”).

Bagi suku tahunan yang dikaji, Syarikat mencatatkan pertambahan hasil sebanyak 44.1% kepada RM236.11 juta berbanding RM163.82 juta pada Q3FY2020 manakala keuntungan sebelum cukai (“PBT”) mencatat kenaikan 447.0% kepada RM49.14 juta berbanding RM8.98 juta pada Q3FY2020.

Berasaskan segmen, perolehan daripada dagangan produk besi keluli meningkat sebanyak 65.7% kepada RM94.81 juta sementara hasil daripada pemprosesan produk besi keluli meningkat sebanyak 32.6% kepada RM141.22 juta. Segmen dagangan menyumbang kepada perolehan adalah sebanyak 40.2% pada Q3FY2021 berbanding 34.9% pada Q3FY2020 manakala sumbangan segmen pemprosesan adalah sebanyak 59.8% berbanding 65.0% pada Q3FY2020.

Bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2021 (“9M2021”), PAT tumbuh 918.5% kepada RM106.89 juta berbanding RM10.50 juta yang dicatat pada tempoh sama pada tahun kewangan yang lalu (“9M2020”). PBT pula meningkat sebanyak 815.2% kepada RM134.24 juta berbanding RM14.67 juta yang dicatat pada 9M2020 sementara perolehan naik 61.9% kepada RM632.37 juta berbanding RM390.61 juta yang dicatat
pada 9M2020.

Pengarah Eksekutif Leon Fuat, Calvin Ooi Shang How berkata:, “Secara umumnya, perniagaan kami tidak
terjejas teruk oleh Perintah Kawalan Pergerakan pada 9M2021 manakala perolehan keseluruhan yang lebih
tinggi bersama margin keuntungan kasar lebih besar telah menyokong prestasi kewangan kami.


“Walaubagaimanapun, kami maklum bahawa terdapat potensi pantulan naik di dalam aktiviti ekonomi domestik yang akan memacu pemulihan dalam suku tahunan akan datang, kami akan menguruskan risiko berterusan daripada gangguan terhadap bekalan di sebalik kemunculan semula kes jangkitan COVID-19 di dalam ekonomi-ekonomi tertentu.’’

“Kami mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan kesinambungan dan kemampanan perniagaan di dalam landskap perniagaan yang meruap ini. Langkah-langkah tersebut termasuk kekal waspada terhadap pergerakan harga besi keluli dan tukaran mata wang asing yang berkaitan, mengambil langkah proaktif termasuk merundingkan kontrak hadapan, di mana yang perlu, selain pengurusan inventori yang cermat manakala terus meningkatkan keupayaan dan kecekapan operasi bagi memenuhi keperluan pelanggan dan
selari dengan paras kos operasi yang ditetapkan.’’

(Visited 31 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button