Ekonomi

Public Bank dan Public Islamic Bank Naik Kadar Asas Sebanyak 0.25%

Public Bank akan naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR)/Kadar Pembiayaan Asasnya (BFR) sebanyak 0.25% berkuat kuasa 13 Mei 2022.

Ia selaras dengan kenaikan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) oleh Bank Negara Malaysia daripada 1.75% kepada 2.00% pada 11 Mei 2022. Dengan itu, BR akan berada pada 2.52% daripada 2.27% dan BLR/BFR akan berada pada 5.72% daripada 5.47%.

Pada masa yang sama, kadar deposit tetap Public Bank juga akan dinaikkan dengan sewajarnya sebanyak 0.25% bagi semua tempoh, berkuat kuasa pada tarikh yang sama. – SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button