Ekonomi

Ilmu perniagaan Ibu Hanim bantu usahawan

MELETAKKAN kasih sayang sebagai asas dalam perjuangan membantu anak muridnya, jelas Ibu Hanim bukan keuntungan semata yang mahu diraihnya tetapi bagaimana ilmu yang dimilikinya ini akan terus membantu usahawan di luar sana.

Jelasnya melalui Annems Leadership Solution Sdn Bhd fokusnya kini mencungkil lebih ramai usahawan tempatan terutamanya golongan bumiputera untuk memberikan pendedahan ilmu Pembangunan Organisasi serta Kepimpinan yang tepat.

“Puluhan tahun dalam bidang koperat membawa saya melihat bagaimana ramai jenama-jenama anak tempatan kita tidak bertahan lama. Benar saya boleh memeluk tubuh dan meneruskan kehidupan yang selesa tanpa bersusah payah.

Tetapi hati seorang ibu ini berbeza, saya anggap usahawan yang ini seperti anak-anak saya.  Jadi apa yang boleh saya berikan adalah ilmu Pembangunan Organisasi serta Kepimpinan untuk memantapkan lagi perniagaan.

“Kesilapan bermula bila ada yang melihat perniagaan ini hanya ‘marketing’ sebenarnya ilmu perniagaan itu terlalu luas dan melalui penguasaan ilmu ini mampu membantu mereka memastikan jenama perniagaan itu kekal relevan untuk tempoh masa yang panjang.

Bersama saya pendekatanya berbeza, data yang ada pada setiap syarikat ini akan digunakan untuk mengukur perkembangan dan tahap pemahaman usahawan dalam melaksanakannya,” katanya pada majlis graduasi 121 usahawan Bumiputera yang berjaya mengikuti program Business Sustainability Solution (BSS) baru-baru ini.

Membina nilai kekeluargaan sebagai landasan hubungan, bagi Ibu Hanim sendiri beliau cukup selesa menyalur ilmu dengan pendekatan seorang ibu. Jelasnya bukan keuntungan yang menjadi fokus utamanya tetapi bagaimana ilmu yang dimilikinya ini mampu sampai dengan baik sekali gus menjadi sebab untuk ilmu ini diturunkan melalui anak-anak muridnya kelak.

“Manusia yang berjaya adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain, dan saya mahu ini difahami mereka. Sebab itu saya tidak mencari kuantiti dalam kelas tetapi kualiti. Saya tidak lihat bagaimana ilmu yang ingin disampaikan ini boleh dilakukan secara besar-besarkan, sebab itu dalam setiap batch hanya akan terdapat 20 atau 30 syarikat sahaja.

“Sebab saya mahu pastikan fokus yang diberikan kepada mereka ini sama rata selain mendalami setiap permasalahan yang membelenggu setiap usahawan ini.  Jadi setiap syarikat ini bukan sahaja mendapat layanan yang sama tetapi dalam masa yang sama saya juga mempunyai waktu untuk memahami dan mencari solusi yang terbaik buat mereka,” katanya.

Mencari perbezaan antara kelas-kelas perniagaan lain yang kini menjadi trend di Malaysia. Bagi Ibu Hanim menjadi keperluan setiap usahawan ini mencari titik mula dalam setiap langkah yang ingin diambil.

“Bagi saya tiada perbezaan yang besar mungkin macam saya sendiri pendekataan saya lebih kepada seorang ibu kepada anak-anaknya. Dikelilingi mereka yang mempunyai impian untuk keluar dari kepompong yang sebelum ini menyekat mereka daripada terus maju membuatkan saya yakin untuk membantu.

“Soal sentimen yang mungkin diwujudkan sesetengah tenaga pengajar ini sehingga menyebabkan rasa tidak senang. Bagi saya mereka di luar sana sendiri perlu faham keperluan mengikuti kelas yang disediakan ini. Pastikan anda berada dalam ruangan yang betul.

“Sebenarnya di Malaysia ini memang ramai yang berjaya dan ada daripadanya memang kita tidak kenal, jadi sebagai seorang yang ingin mendapatkan ilmu anda sendiri perlu berusaha mencarinya,” katanya lagi.

Sementara itu bercakap mengenai majlis graduasi yang meraikan seramai 121 usahawan Bumiputera yang berjaya mengikuti program Business Sustainability Solution (BSS) anjuran Annems Leadership Solution Sdn Bhd. Tambah beliau ini adalah hari penghargaan atas komitmen yang diberikan ushawan-usahawan berjaya ini.

Merupakan penganjuran program kali ke-12 itu melibatkan kumpulan usahawan pada tahap “Growth”, iaitu mereka yang sudah memiliki perusahaan masing-masing dan berhasrat mengukuhkan kedudukan di dalam pasaran. – SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button