Nasional

ADUN Yong Peng cari kaedah terbaik bantu pemilik gerai terjejas kebakaran

17 PEMILIK gerai terjejas apabila bangunan di Pasar Awam Jalan Templer, Johor musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata selain bantuan segera RM1,000 yang akan diberikan kepada setiap pemilik gerai berkenaan, beliau bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng Ling Tian Soon serta Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) sedang mencari kaedah terbaik untuk membina semula pasar terbabit.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook telah berhubung dengan ADUN Yong Peng untuk berada di lokasi kejadian seawal 6 pagi bagi melihat keadaan sebenar, memandangkan beliau perlu menghadiri Majlis Perasmian Terminal Feri Desaru Coast Ferry Terminal pagi ini.

Sementara itu Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusof berkata tujuh pegawai dan anggota bomba dari balai Ayer Hitam bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan mengenai kebakaran pada pukul 2.29 pagi.

Operasi yang tamat pada pukul 9.05 pagi memusnahkan lebih kurang 80 peratus keseluruhan bangunan.

Kebakaran tersebut turut memusnahkan sebuah motorsikal jenis Suzuki RG dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Bernama – SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button