Nasional

Didakwa lindungi aktiviti jenayah Polis Ipoh buka kertas siasatan

SIASATAN berhubung dakwaan pihak polis melindungi aktiviti jenayah di beberapa kawasan di daerah Ipoh, Perak akan dijalankan bagi mengesahkan kesahihannya, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Baru-baru ini terdapat pengguna Facebook yang memuat naik hantaran mendakwa pihak polis melindungi aktiviti jenayah di beberapa kawasan di daerah ini.

“Polis menyiasat kenyataan dimuat naik pemilik akaun Facebook ‘Antidadahrasuah Tamanku’ kononnya mendedahkan beberapa lokasi tumpuan jenayah, selain mendakwa polis melindungi aktiviti jenayah” katanya.

Status dalam Facebook pengguna terbabit mendedahkan nama beberapa kawasan yang dikatakan menjadi tumpuan aktiviti jenayah narkotik dan penjualan mercun, iaitu di kawasan Pengkalan, Pasir Puteh, Kampung Sri Kinta, Station 18 dan Kampung Cempaka Sari di Ipoh.

Justeru laporan berhubung dakwaan itu disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERITA HARIAN – SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button