Nasional

10 rumah kedai di Pekan Sungai Rambai hangus terbakar

Wartawan Suara Merdeka

JASIN 15 April – Sepuluh rumah kedai papan dua tingkat di pekan Sungai Rambai, di sini musnah dalam
kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata,
kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sejurus dihubungi orang awam memaklumkan mengenai
kejadian tersebut.

Menurutnya, BBP menerima panggilan kecemasan pada jam 3.44 pagi sebelum dua jentera masing-masing dari
Merlimau dan Jasin Bestari membabit 14 anggota bergegas ke tempat lokasi untuk memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi pasukan bomba mendapati berlaku kebakaran di deretan rumah kedai jenis papan
sementara membabitkan 12 pintu.

“Ketika itu api sedang di mana dua tiga kedai sudah terbakar ketika bomba tiba dan operasi pemadaman
dijalankan.

“Pihak bomba difahamkan 10 daripada 12 kedai itu adalah premis kosong dan hanya dua premis yang masih
beroperasi di situ iaitu kedai kopi serta kedai menjual surat khabar,” katanya dalam satu kenyataan hari
ini..

Menurutnya, akibat daripada kejadian itu 10 kedai jenis kayu itu terbakar sepenuhnya dan kebakaran dapat
dipadam sepenuhnya pada jam 11.46 pagi tadi.

“Disebabkan struktur kayu jadi api marak dengan cepat dan kebakaran dapat dikawal pada jam 4.45 pagi
sebelum dapat dipadam sepenuhnya kira-kira tujuh jam kemudian.

“Selepas memastikan api telah berjaya dipadamkan barulah  pihak bomba meninggalkan lokasi kejadian,” ujarnya.

Jelasnya, siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran akan dilakukan pasukan forensik.

(Visited 576 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button