Nasional

Datuk Bandar, YDP Melaka kekal jawatan

MELAKA 11 Februari – Empat ketua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka mengekalkan jawatan masing-masing selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali hari ini.

Majlis angkat sumpah didahului Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu
kekal diikuti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Mohd. Fadhil Hasan; Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Jasin (MPJ) Datin Sapiah Haron dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
Datuk Shadan Othman.

Kesemua mereka menandatangani dokumen angkat sumpah pelantikan disaksikan Sulaiman sebelum disusuli
upacara angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis PBT.

Sulaiman dalam ucapannya selepas majlis tersebut berkata, Melaka kini menuju visi ‘Menuju Negeri Lestari’
untuk terus menjaga alam sekitar melalui inisiatif program penanaman semula pokok berjumlah RM50,000
kepada setiap PBT.

Menurutnya, ia bertujuan untuk menjadikan Melaka sebuah negeri terbersih, indah, ceria dan selamat serta
peranan peranan empat PBT amat penting untuk merealisasikan matlamat tersebut.

“Melaka ke arah sebagai negeri cantik seribu bunga dan keutamaan akan diberikan kepada kerja-kerja
meningkatkan keindahan dan keceriaan di kawasan tumpuan.

“Selain itu, skop pembersihan turut diperluas kepada kerja-kerja pembersihan sampah-sampah longgok atau
sampah haram serta pemeriksaan dan penggredan tandas awam bagi memastikan kebersihan persekitaran,”
ujarnya.

Majlis angkat sumpah itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam
Sekitar, Datuk Zaidi Attan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), VP
Shanmugam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong.

Selain itu kata Sulaiman, projek-projek pembangunan infrastruktur dan utiliti serta menaik taraf kemudahan
awam seperti padang, dewan, pasar, gerai dan sistem pencahayaan akan diteruskan untuk memberi manfaat
kepada rakyat.

Di samping itu katanya, kompleks-kompleks sukan dan kemudahan rekreasi akan terus diselenggara untuk
kemudahan rakyat menjalankan aktiviti bersukan dan riadah. -SM

(Visited 842 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button