Nasionalpilihan

Ramai pejuang agama Islam di Malaysia tewas hujah apabila masuk mahkamah!

“KURANG ajar. Sanggup kau hina Islam? Kau lupakah dalam Malaysia ini Islam agama rasminya? Apa lagi yang nak kau nak sembangkan?” jerit seorang pejuang beragama Islam di Malaysia.

Apabila sampai ke mahkamah, peguam bertanya, “Betulkah anak guam saya bersalah mengikut kenyataan kamu? Anak guam saya bercakap atas bukan urusan rasmi dan ia adalah luahan peribadi.”

Maka yang di dalam tergamam, yang di luar tak faham, tahu-tahu kes kalah dan masing-masing sambung meroyan kerana tidak memahami keadaan sebenar yang sedang berlaku.

Tuan-tuan dan puan-puan, apabila mahu bercakap tentang kedudukan agama Islam, bukalah terlebih dahulu buku Perlembagaan Persekutuan dan bacalah kekuatan agama Islam di mana.

Apabila kes sebegini cuba didakwa dengan kenyataan si polan itu mencemarkan agama Islam dan mereka tidak seharusnya berbuat begitu kerana Islam adalah agama rasmi negara, ia satu perjuangan yang sia-sia.

Masuklah mahkamah ribuan kali sekali pun dengan kenyataan begitu, satu per satu kes yang diperjuangkan tidak akan ke mana-mana kita bukan bercakap fakta, sebaliknya sekadar ‘ingat-ingat’.

Jika tuan-tuan dan puan-puan masih mengatakan Islam adalah agama rasmi Malaysia, maka apakah agama tak rasmi bagi Malaysia?

Inilah kelemahan paling banyak diucapkan pejuang kita terutamanya yang beragama Islam, yang berdiri dengan tongkat badan bukan kerajaan (NGO) kononnya mahu membela.

Tak salah mahu berjuang dan membela, tetapi ungkaplah dengan jelas dan benar bahawa menurut Perkara 3 (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Maka.. tak kisahlah hal peribadi ke, hal remeh ke, hal yang berkait dengan urusan rasmi ke, urusan tidak rasmi ke, ia merangkumi pelbagai aspek dan masuk tahun 2022, kelemahan ini tetap berulang.

Walaupun JAWI menahan semula Siti Nuramira atas Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559), gunakanlah perkataan yang betul untuk berperang!

Artikel berkaitan > LFL anjur kutip dana untuk wanita hina Islam di kelab komedi dan pasangannya RM40,000

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button