Nasional

IDME diaudit, tambah baik

AUDIT teknikal ke atas Sistem Pengurusan Identiti (IDME) Kementerian Pendidikan akan dijalankan pada separuh kedua tahun ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya tidak akan berkompromi sekiranya syarikat yang menjalankan sistem itu didapati melanggar kontraknya.

“Kami akan bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) berhubung audit itu.

“Hasil audit kemudiannya akan digunakan untuk menambah baik sistem semasa serta sistem akan datang yang telah kita rancang.

“Kami terbuka dan bersedia untuk sebarang siasatan integriti dan audit teknikal sekiranya terdapat sebarang dakwaan berhubung perlanggaran prosedur pelaksanaan sistem itu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca: Boleh datang sekolah walaupun tiada pakaian seragam

Fadhlina berkata demikian sebagai menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) sama ada kementerian akan menjalankan audit teknikal sistem dan mengambil tindakan terhadap syarikat vendor.

Tambahnya, 89 peratus sekolah di seluruh negara telah selesai memasukkan data melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) kementerian di bawah IDME setakat 16 Mac.

Sementara itu, sekolah selebihnya boleh memasukkan data melalui sistem pengurusan atau luar talian.

Tambahnya, kontrak perolehan IDME ialah RM454,000 manakala SPPB menelan kos RM1.5 juta.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menggesa kementerian menangguhkan penggunaan IDME berikutan dakwaan ia tidak stabil, dan belum berdaya maju untuk mengisi markah Sesi Akademik Akhir (UASA). -SM

 

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button