Luar Negara

Salah satu sebab Finland bahagia kerana rasuah rendah

Negara Finland sekali lagi menduduki tempat pertama dalam senarai negara paling bahagia di dunia selama enam tahun berturut-turut.

Laporan itu dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan Laporan Kebahagiaan Dunia tahunan mereka baru-baru ini.

Adakah anda tertanya-tanya bagaimana agaknya rakyat mereka sentiasa gembira dalam menjalani kehidupan tanpa mempunyai tekanan?.

Masyarakat di Findland

Faktor penyumbang kebahagiaan yang diamalkan terhadap penduduk Finland adalah

1.Rasuah yang rendah

Tahap kesejahteraan di Findland sangat meluas, tahap rasuah yang rendah malah sistem demokrasi juga berfungsi dengan baik dan merasai kebebasan kemerdekaan.

Selain itu, percukaian progresif dan pengagihan kekayaan di negara itu juga telah memungkinkan sistem kesihatan sejagat terus berkembang maju dan terkemuka di dunia.

2. Membantu golongan gelandangan

Findland merupakan salah satu negara yang ingin menamatkan penularan gelandagan di kalangan masyarakat mereka, dengan mengamalkan prinsip ‘utamakan perumahan’, kerajaan memberikan golongan terbabit sokongan yang tepat untuk mereka sehingga dapat memiliki rumah sendiri.

Secara tidak langsung menjadikan negara tersebut mempunyai kadar gelandagan yang terendah di peringkat global.

3. Waktu bekerja

Waktu bekerja di negara itu tidak boleh melebihi lapan jam sehari dan 40 jam seminggu namun ada juga syarikat yang melaksanakan waktu bekerja secara fleksibel ini bermakna pekerja boleh memilih sendiri waktu mula bekerja dan menamatkan kerja mereka.

Untuk kerja lebih masa akan dibayar sekurang-kurangnya 50 peratus lebih tinggi berbanding bayaran setiap jam yang normal. Ada juga di antara masyarakat Findland memilih untuk menggantikan kerja lebih masa dengan cuti dan setiap sejam akan digantikan dengan 1.5 jam cuti.

Secara logiknya kita boleh lihat di sini, mereka mempunyai lebih masa untuk luangkan bersama keluarga walaupun kerja lebih waktu!

4.    Perlindungan sosial

Setiap majikan dan pekerja di Finland diwajibkan menyumbang untuk dana perlindungan sosial, dana tersebut untuk membiayai cuti sakit, bersalin, insurans kesihatan dan manfaat bagi mereka yang tiada pekerjaan.

Selain itu sebahagian dana tersebut turut disumbangkan kepada Pentadbiran Cukai Pusat, penyedia insurans dan Dana pekerjaan.

5. Cuti yang banyak

Menurut Akta Kontrak Pekerjaan, pekerja di Finland layak menerima 100 peratus gaji sekiranya mereka mengambil cuti sakit kurang daripada sembilan hari dalam sebulan. Jika ingin menambah cuti seterusnya, pekerja boleh memohon cuti sakit terus ke Institut Keselamatan Sosial Bebas.

Malah jika tempoh pekerjaan tidak sampai sebulan, mereka layak menerima 50 peratus daripada gaji penuh pada hari mereka mengambil cuti sakit.

6. Gaji

Undang-undang di Findlang hanya menetapkan gaji yang dibayar haruslah normal dan munasabah, gaji tidak boleh terlalu berbeza dengan orang lain yang buat kerja sama.

Pada tahun 2022, gaji minimum telah ditetapkan untuk pekerja pembersihan sebanyak 11.24 euro (RM54.91) sejam. Ini bersamaan RM2,196.36 seminggu dan RM8,785.42 sebulan.

Jadi tidak hairan lah masyarakat mereka masih hidup dalam keadaan baik, pokok pangkalnya adalah bergantung kepada pemimpin yang memerintah kerajaan, memberi manfaat yang baik kepada semua penduduk Finland.

Negara Finland patut dicontohi oleh pemimpin di Malaysia!.

Artkle berkaitan :>

PM Finland cadang kerja empat hari seminggu

PM Finland 34 tahun termuda di dunia: Anwar ucap tahniah anak muda

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button