Luar NegaraUncategorized

Mesir tutup pintu sempadan Rafah

MESIR menggesa Israel membuka koridor kemanusiaan untuk 2.3 juta penduduk di kawasan sempadan Rafah antara Mesir dan Semenanjung Gaza untuk melarikan diri daripada situasi semasa yang dikatakan paling buruk dalam tempoh 75 tahun sejak permulaan konflik Israel dengan Palestin.

Serangan udara Israel dan tembakan artileri di kawasan itu mengganggu operasi di satu-satunya pintu keluar di sempadan selatan wilayah itu, menurut laporan portal The National.

Pengeboman yang berlaku sehari selepas letupan berhampiran pintu sempadan di bahagian Gaza turut memaksa pihak berkuasa Mesir untuk menangguhkan operasi lintasan di Rafah.

Tiga lintasan lain di sepanjang sempadan Mesir dengan Semenanjung Gaza dan Israel ditutup atas sebab keselamatan.

Pengeboman yang berlaku sehari selepas letupan berhampiran pintu sempadan di bahagian Gaza memaksa pihak berkuasa Mesir untuk menangguhkan operasi lintasan di Rafah.

Gangguan lalu lintas di persimpangan Rafah dan penutupan yang lain berlaku ketika pesawat pejuang dan artileri Israel menyerang Gaza sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan di selatan Israel oleh pejuang Hamas dari Gaza yang menyebabkan kira-kira 1,600 terbunuh dari kedua-dua pihak.

Serangan mengejut hujung minggu lalu dianggap hari paling berdarah di Israel sejak tentera Mesir dan Syria melancarkan serangan mengejut terhadap tentera Israel kira-kira 50 tahun lalu.

Rafah adalah satu-satunya lintasan ke Semenanjung Sinai Mesir untuk penduduk Gaza. Di bahagian lain, Gaza dikelilingi laut dan dikepung Israel.

Sebelum penutupan dibuat, kira-kira 800 orang meninggalkan Gaza melalui lintasan Rafah dan kira-kira 500 orang masuk walaupun lintasan itu ditutup untuk pergerakan barang.

Lintasan lain yang ditutup oleh pihak berkuasa Mesir di sepanjang sempadan dengan Israel dan Gaza ialah Taba di hujung utara Teluk Aqaba di Laut Merah yang kebanyakannya digunakan oleh pelancong Israel yang melawat pusat peranginan di selatan Sinai termasuk Dahab dan Sharm El Sheikh.

Lintasan lain adalah pos sempadan komersial Karam Abu Salem yang terletak di mana Gaza, Mesir dan Israel bertemu dan Al Ouga, di sempadan Mesir-Israel. – SM

 

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button