fbpx
Nasional

Saifuddin lawat RTM Kuala Lumpur

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hari ini membuat lawatan kerja rasmi ke Radio Televisyen Malaysia (RTM), di Angkasapuri Kuala Lumpur.

BERNAMA melaporkan, Saifuddin yang tiba di Angkasapuri pada pukul 4 petang, disambut oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Nor Yahati Awang.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Suriani Ahmad.

Dalam lawatan itu, Saifuddin meluangkan masa hampir sejam mendengar taklimat mengenai keseluruhan operasi RTM oleh pengurusan tertingginya.

Beliau turut melawat Wisma TV RTM dan Pusat Siaran Antarabangsa (IBC).

Ini merupakan lawatan kerja rasmi pertama Saifuddin ke RTM, sejak memulakan tugas rasminya sebagai menteri pada Mac lalu.

Sebelum beredar, beliau sempat beramah mesra dengan petugas RTM sambil bergambar untuk kenang-kenangan.

Show More

Related Articles

Back to top button