Nasional

Ada bom dalam tong sampah

KAWASAN tempat pembuangan sampah di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur kecoh selepas terdapat bom yang ditemukan orang ramai hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin @ Hilmi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

“Kita telah memanggil Forensik Bukit Aman bersama Unit Bom Polis untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Unit Bom telah berjaya memindahkan objek yang menyerupai bom itu di kawasan yang lebih selamat untuk dimusnahkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Zairulnizam, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian 03-22979222 untuk membantu siasatan. -SM

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button