Nasional

UPSI perkenal Pasar Budaya terap pendidikan keusahawanan, kemasyarakatan

Bagi memupuk elemen pendidikan keusahawanan dan kemasyarakatan, Univeresiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan Pasar Budaya dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dekat sini bertujuan memupuk budaya pendidikan keusahawanan dan kemasyarakatan.

Antara buku lama yang dijual oleh peniaga di perkarangan Bangunan IPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata Pasar Budaya yang bermula hari ini sebelum ini dikenali sebagai Pasar Antik diwujudkan oleh Institut Peradaban Melayu (IPM) pada Oktober tahun lalu.

Ia bertujuan memberi peluang kepada warga UPSI dan masyarakat setempat serta pencinta barangan antik membelinya sebagai koleksi peribadi .

Namun, ia dijenamakan semula tahun ini dikenali sebagai Pasar Budaya bagi mengetengahkan pengalaman pembelajaran secara tidak formal kepada pengunjung berkaiatan dengan kebudayaan Melayu dengan melihat barangan antik, buku, majalah, produk makanan dan buah-buahan tempatan, mengunjungi Muzium Pendidikan Nasional serta 22 buah lokasi tarikan pelancongan yang ada di sekitar kampus ini.

Prof Md Amin (tengah) bersama peniaga barangan antik yang menjual piring hitam lama.

“Saya yakin ia akan menjadi tarikan baru di UPSI, malah Tanjung Malim selain berupaya mempromosikan Muzium Pendidikan Nasional kepada masyarakat khususnya kepada pencinta barangan antik di seluruh negara.

Beliau berkata Pasar Budaya UPSI juga dapat memartabatkan elemen sejarah dan tradisi merangkumi unsur kesenian, kebudayaan dan warisan selain mewujudkan rangkaian kerjasama di antara pegunjung, ahli akademik, pelajar, dan peniaga barangan antik melalui penglibatan aktiviti yang dilaksanakan.

Sementara itu, pengarah IPM, Prof Dr Tajul Shuhaizam Said berkata peniaga yang terbabit termasuklah mereka peniaga tempatan yang bernaung di bawah FAMA, peniaga barangan antik seluruh Malaysia, penggemar barang antik dan pencinta sejarah, peniaga sekitar daerah Muallim serta warga UPSI iaitu pelajar dan kakitangan).
Pasar Budaya, katanya, memberi peluang kepada masyarakat untuk merasa pembelajaran secara tidak formal di UPSI , malah membantu peniaga tempatan untuk menjana pendapatan.
“ Pasar Budaya UPSI ini juga memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar dan kakitangan UPSI untuk melibatkan diri di dalam bidang keusahawanan selain mengetengahkan lokasi dan tarikan pelancongan di sekitar Kampus berserjara, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.

Prof Tajul Shuhaizam (kiri) melihat barangan antik yang dijual seorang peniaga.

“Saya berharap Pasar Budaya ini akan menjadikan UPSI sebagai sebuah pusat pelancongan budaya dan pusat pendidikan yang berkaitan budaya melalui pembelajaran secara tidak formal merangkumi aspek kebudayaan, sejarah dan permuziuman, katanya.

Katanya, ia bakal menjadi platform Hub Industtri kecil (SME) dengan memberikan peluang kepada warga Muallim dan penduduk sekitarnya untuk menjana pendapatan dan ekonomi selain sebagai satu medium pembelajaran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa UPSI.

”Hasrat ini selari dengan Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu universiti menjadi sebagai satu katalis kepada pemindahan ilmu kepada masyarakat,” katanya yang mengalu-alukan masyarakat di negeri Perak dan tempatan mengunjunginya.
Pasar Budaya UPSI, katanya diadakan pada setiap Sabtu minggu terakhir setiap bulan antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di perkarangan Bagunan IPSI (Tapak Food Truck), Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.
Pertanyaan lanjut mengenai Pasar Budaya boleh menghubungi En Zu di talian 014-5009984.

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button