Ekonomi

Saham Aurelius terlebih langgan sebanyak 20.27 kali

KUALA LUMPUR 7 Dis – Saham-saham Aurelius Technologies Bhd (ATech) mencatatkan lebihan langganan sebanyak 20.27 kali sebelum penyenaraian syarikat itu di Papan Utama Bursa Malaysia pada 16 Disember ini.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Lee Chong Yeow berkata, pihaknya begitu menghargai keyakinan para pelabur terhadap ATech, prospek perniagaan dan perancangan masa hadapan syarikatnya.

Perjalanan Atech untuk menjadi Penyedia Rumusan Sehenti Perkhidmatan Perkilangan Elektronik (EMS) begitu panjang dan kini membuahkan hasil.

“Sebagai penyedia EMS, kami terdorong oleh maklum balas hebat ke atas IPO yang memberi petunjuk bahawa sentimen pasaran adalah positif untuk momentum pertumbuhan ekonomi terus berkembang, yang penting bagi keseluruhan prospek masa hadapan industri elektrik dan elektronik.’’ katanya di sini hari ini.

ATech mahu menjana RM104.73 juta daripada proses IPO tersebut. Daripada hasil tersebut, sebanyak RM40 juta akan Kumpulan gunakan untuk membeli mesin dan peralatan baharu, RM29.52 juta bagi pembayaran balik pinjaman, RM28.13 juta bagi modal kerja dan RM7.09 juta bagi perbelanjaan penyenaraian.

“Memandang ke hadapan, perancangan perluasan kami akan melonjakkan pertumbuhan kepada perniagaan Kumpulan,’’ jelas Chong Yeow.

Ia juga adalah sebahagian strategi untuk meningkatkan perkilangan komponen semikonduktor Atech dan menaik taraf fasiliti perkilangan dengan teknologi Industri 4.0.

IPO tersebut merangkumi penerbitan sehingga 103,870,000 dan merangkumi
penawaran institusi sehingga 80,961,000 Saham IPO untuk institusi Malaysia dan pelabur terpilih, termasuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada harga institusi yang akan ditetapkan secara cabutan.

Manakala penawaran runcit sebanyak 22,909,000 terbitan saham untuk para pengarah dan kakitangan ATech yang layak dan orang perseorangan yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan dan rakyat Malaysia pada harga runcit RM1.36 sesaham dibayar secara penuh semasa memohon dan tertakluk kepada pemulangan baki beza harga antara harga runcit dan harga akhir jika berlaku harga akhir lebih rendah berbanding harga runcit.

Penawaran Institusi oleh ATech, Harga Institusi ditetapkan pada RM1.36 sesaham IPO.

Chong Yeow berkata, oleh kerana harga akhir runcit bersamaan dengan harga runcit RM1.36 sesaham terbitan, maka tiada pemulangan akan dilakukan bagi pemohon yang berjaya, di bawah penawaran runcit.

Beliau memberitahu, sebanyak 14,253 permohonan bagi 380,958,800 Saham Terbitan dengan nilai sebanyak RM518,103,968.00 telah diterima daripada orang awam Malaysia bagi 17,909,000 Saham Terbitan yang boleh dipohon oleh orang awam Malaysia, yang mewakili kadar terlebih langganan keseluruhan sebanyak 20.27 kali.

Bagi bahagian Bumiputera, sebanyak 7,399 permohonan untuk 140,000,100 Saham Terbitan telah diterima mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 14.63 kali.

Untuk bahagian orang awam, sejumlah 6,854 permohonan untuk 240,958,700 Saham Terbitan diterima yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 25.91 kali.

Permohonan sebanyak 5,000,000 Saham Terbitan menerusi Borang Permohonan Merah Jamu telah dilangganan sepenuhnya.

Untuk penawaran Institusi, Penerbit dan Penaja Jamin Tunggal telah mengesahkan bahawa sebanyak 80,961,000 Saham IPO yang ditawarkan kepada institusi Malaysia dan pelabur terpilih, termasuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI pada harga institusi, telah dilanggan sepenuhnya.

Maybank Investment Bank Berhad merupakan Penasihat Prinsipal bagi IPO, serta Penerbit dan Penaja Jamin Tunggal.

(Visited 316 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button