Ekonomi

Restoran sajian rasa melayu yang pertama dibuka di Madinah

Bagi memenuhi permintaan para pelanggan dari jemaah Malaysia, Pengarah Urusan Mursyid Alharamain, Muhammad Mursyid Abdul Hassan mengambil langkah berani untuk membuka kedai makan di negara Arab Saudi iaitu Mekah dan Madinah.

estoran sanjian melayu ‘Rasa’ yang pertama dibuka di Mekah dan Madinah
Restoran sanjian melayu ‘Rasa’ yang pertama dibuka di Mekah dan Madinah

Ini sekaligus menjadikan Beliau anak Malaysia pertama yang meneroka ruang “FnB” di Madinah disamping melebarkan sayap perniagaan Beliau di Bumi Anbiya itu.

Menurut Muhammad Mursyid, idea tersebut tercetus apabila beliau yang pernah menetap selama empat tahun di Madinah dan membawa jemaah, sering mendengar rungutan dari sesetengah jemaah umrah dan haji dari Malaysia yang tidak boleh menerima masakkan dari negara itu.

Oleh itu sejak Julai tahun lalu beliau terus membuka restoran masakan melayu di Mekah manakala di Madinah pada Mac tahun ini dengan cita rasa Malaysia.

Menu masakan tertumpu kepada masakan panas Nasi Goreng, Nasi Lemak serta lauk lauk seperti ayam masak merah Dan sambal udang.

Walaupun melihat keadaan ekonomi yang tidak menentu selepas COVID namun bagi dirinya ia merupakan satu rahmat.

orang ramai beratur untuk merasai hidagan malaysia di tanah arab
orang ramai beratur untuk merasai hidagan malaysia di tanah arab

Katanya, ramai orang terdiri rakyat Malaysia Dan juga mereka yang datang dari Negara lain seperti Indonesia, Nigeria Dan Turkeye beratur untuk merasai hidangan malaysia di tanah Arab.

“Sebelum saya membuka kedai makan, saya meniaga kurma berbekalkan pengalaman, saya dengan beraninya membuka kedai makan kerana saya melihat tanah suci sentiasa ada jemaah.” katanya ketika ditemubual di Mursyid Alharamain Jumaat lalu.

Mursyid turut meluahkan rasa syukur memandangkan niat asalnya bagi memudahkn jemaah negara ini terutamanya warga emas menikmati hidangan tempatan dapat direalisasikan dengan harga berpatutan.

Premis makanan ‘Rasa Malaysia’ boleh dinikmati di Madinah dengan mudah kerana lokasinya betul-betul berhadapan masjid Nabawi.

Dan menu masakan Malaysia di Mekah dan Madinah ini juga boleh di dapati dengan harga sangat berpatutan.

Jemaah boleh membuat tempahan sendiri atau anak-anak boleh menempah makanan untuk ibu bapa sempena musim Haji yang akan datang ini dan ‘Rasa Malaysia’ bersedia menyantuni jemaah secara menghantar makanan yang telah di tempah sehingga pintu Hotel mereka.

Restoran rasa Malaysia di Madinah
Restoran rasa Malaysia di Madinah

Kedai makannya itu terletak berhampiran Masjid Al Tawheed di Makah dan Taiba Center di Madinah.
Jika anda berminat untuk membuat tempahan boleh terus link tekan whataspp inihttps://RasaMalaysiaMadinahMekah.wassap.my/+966 54 075 1434

 

Artikle berkaitan :>

Gunung ganang di Mekah bertukar hijau

Penularan Covid-19 di Mekah terkawal

(Visited 1,149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button