fbpx
Ekonomi

Derma dengan Ikhlas: Memupuk niat bersedekah pada bulan Ramadan

AIRASIA.COM menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan melancarkan ‘Derma Dengan Ikhlas’, satu inisiatif derma digital awam dalam sebuah platform yang tulus, selamat dan terjamin bagi individu atau organisasi yang ingin menjalankan tanggungjawab amal mereka di bulan Ramadan.

Inisiatif tabung derma ini dijalankan dengan kerjasama Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah, di mana dana tersebut akan digunakan untuk membantu komuniti yang memerlukan serta pasukan barisan hadapan, dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan di bulan Ramadan ini.

Antara komuniti yang akan menerima sumbangan ini termasuk keluarga yang kurang bernasib baik, pelarian dan badan bukan berasaskan keuntungan seperti Soup Kitchen dan rumah anak-anak yatim.

Sebahagian daripada dana tersebut akan digunakan untuk membeli juadah berbuka puasa bagi pasukan barisan hadapan yang bertugas seperti pegawai perubatan, polis, tentera dan lain-lain.

Kempen ini  bermula dari 20 April hingga 22 Mei 2020.

Ketua Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata,  sambutan bulan Ramadan pada tahun ini sudah pasti jauh berbeza tetapi satu perkara yang tidak akan berubah adalah amalan bersedekah.

Jadi, katanya, Ikhlas.com berbesar hati untuk melancarkan sebuah inisiatif yang memberi peluang kepada semua orang untuk bekerjasama dan bersama membantu mereka yang memerlukan pada bulan mulia ini.

Inisiatif itu katanya, ditubuhkan untuk menyediakan sebuah platform bagi membantu para penderma menyalurkan sumbangan ikhlas mereka, yang akan digunakan untuk tujuan sedekah bulan Ramadan.

“Kami berharap untuk mengedar barang keperluan asas kepada 5,000 buah keluarga dan juadah berbuka puasa kepada lebih 20,000 individu disepanjang bulan Ramadan ini.

“Kami akan membeli bekalan daripada lebih 100 peniaga kecil dan sederhana dengan tujuan membantu perniagaan mereka pada masa yang sukar ini.

“Kami sedar bahawa kami tidak akan dapat menjayakan inisiatif ini tanpa bantuan anda, jadi kami ingin mengajak semua yang berkongsi visi dan semangat kami untuk bekerjasama dengan kami.” tambah beliau.

‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia. Orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari laman sesawang Givewith.Ikhlas.com.

Ikhlas.com merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk perniagaan pelancong Muslim.

Ia akan dilancarkan pada bulan Jun 2020 dan bertujuan untuk membantu umat Islam di seluruh dunia dalam menunaikan kewajipan agama termasuk Umrah, korban dan gaya hidup berasaskan hukum syariah.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari Givewith.ikhlas.com, atau melalui laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button