Ekonomi

Rosman Mohamed komited sebagai CEO Bank Rakyat yang baharu

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat yang baharu, Datuk Rosman Mohamed komited dan bersedia berdepan dengan cabaran harus ditempuhi bagi menerajui bank berkenaan.

Menurut Rosman, tekanan sebagai CEO adalah normal dan ia telah dijangka serta bertekad untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

“Saya tidak nafikan tekanan, memang ada. Hari ini saya masuk kerja 7.30 pagi dan pulang paling awal pukul 8.30 atau 9 malam,” katanya ketika diwawancara oleh Suara Merdeka baru-baru ini.

Rosman berkata, beliau perlu bekerja bertungkus-lumus untuk tempoh setahun ini bagi memahami keseluruhan syarikat dan seterusnya membawa Bank Rakyat ke tahap lebih tinggi.

Rosman turut membentangkan perancangan perjalanan baharu Bank Rakyat hingga 2025.

BACA: PERJALANAN BAHARU BANK RAKYAT https://suaramerdeka.com.my/bank-rakyat-terus-perkukuh-jenama-sebagai-bank-lestari/

Rosman yang sebelum ini memangku jawatan CEO Bank Rakyat dilantik secara sah pada 1 Februari lalu.

Sementara itu Rosman berkata, Bank Rakyat memang cukup dikenali di negara ini dan mempunyai jumlah pelabur yang besar, tetapi mereka tidak menjadi pelanggan tetap kepada bank berkenaan.

Katanya, para pelabur ini walaupun memiliki saham, tetapi mereka tidak memanfaatkan kemudahan lain yang disediakan seperti kad kredit kemudahan pembiayaan kenderaan dan rumah.

Oleh itu, jelas Rosman, beliau akan berusaha untuk menyebar luas maklumat berhubung kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh bank itu kepada para pelanggan.

Seperkara yang perlu diberi perhatian utama, kata beliau, ialah perbankan internet yang merupakan satu keperluan utama para pelanggan.

Kecekapan perbankan melalui internet, ujar beliau, akan membuatkan pelanggan terus memilih untuk berurusan dengan bank berkenaan.

Rosman turut berkata, Bank Rakyat juga akan memperkukuhkan lagi sektor perbankan Islam, memandang bank berkenaan mempunyai potensi pelanggan yang cukup besar.

Sehubungan itu, jelas beliau, selain produk yang sedia ada bank berkenaan akan memperbanyakkan lagi produk berkaitan sejajar dengan keperluan serta kehendak pelanggan.

BACA JUGA:

KORONAVIRUS: BANK RAKYAT BERI PENANGGUHAN

https://suaramerdeka.com.my/bank-rakyat-tawar-penangguhan-sementara-pembiayaan-pelanggan-terjejas-wabak-koronavirus/

Tonton wawancara penuh di channel YouTube Suara Merdeka dan jangan lupa subscribe sebagai sokongan untuk lebih wawancara eklusif.

 

(Visited 577 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button