Ekonomi

Kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan mudahkan urusan usahawan PKMS

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengalu-alukan pembentangan Belanjawan 2023 yang menyediakan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan.

Dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion, ia dijangka akan mampu memberi banyak manfaat kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam negara.

Ujar KUSKOP, peruntukan keseluruhan yang diterima bagi tahun ini berjumlah RM732 juta yang merangkumi RM520 juta perbelanjaan pembangunan dan RM212 juta perbelanjaan mengurus.

“Antara insentif yang dapat dimanfaatkan menerusi KUSKOP dan agensi ialah kadar cukai bagi PKMS ke atas pendapatan bercukai bagi RM150,000 pertama akan dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus.

“Selain itu, bagi membina dan menaik taraf melibatkan 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara, RM50 juta telah diperuntukkan,” kata KUSKOP.

Tambah KUSKOP, RM176 juta pula disediakan bagi menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan antaranya di bawah MARA, DBKL, Perbadanan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

KUSKOP berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas pembentangan Belanjawan 2030 yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Memenuhi keperluan awam, dana sebanyak RM1.7 bilion telah diperuntukkan sebagai kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), BSN dan TEKUN.

“Daripada jumlah itu, RM300 juta adalah untuk menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia serta lebih RM1 bilion dengan tumpuan kepada PKS Mikro dan penjaja oleh BSN sebagai penyediaan pinjaman.

“RM330 juta oleh TEKUN Nasional termasuk RM10 juta pula adalah untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan yang turut merangkumi pemberian modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal,” kata KUSKOP.

Selain itu, ia turut merangkumi beberapa perkara seperti berikut:

  • Dana pinjaman hampir RM10 bilion bagi perniagaan SME oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meringankan beban kewangan PKS dan menyokong pengembangan perniagaan
  • Jaminan sehingga RM20 bilion pinjaman PKS oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan diberi jaminan Kerajaan sehingga 90% yang turut diperluas kepada pembiayaan oleh institusi kewangan bukan perbankan seperti syarikat pajakan kredit dan koperasi
  • Dana pinjaman sehingga RM2 bilion oleh BNM bagi mendukung syarikat pemula teknologi lestari dan membantu syarikat PKS menerap amalan rendah karbon
  • RM100 juta di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil dalam bentuk geran padanan sehingga RM5,000.00 akan dibayar kepada PKS yang melanggan aplikasi pendigitalan perniagaan seperti sistem jualan POS, perakaunan atau pengurusan inventori; dan
  • RM1 bilion dana pembiayaan di bawah BNM untuk membantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan dan mendigitalkan operasi.

KUSKOP mendokong fokus Belanjawan Madani menerusi 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu;

  • Pertama: Pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan;
  • Kedua: Reformasi institusi dan tata kelola bagi memulih keyakinan dan
  • Ketiga: Keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan merupakan formulasi strategik yang akan membantu mengemudi negara mendepani tantangan ekonomi global dan memastikan kebajikan dan sosioekonomi rakyat terus terjaga dalam situasi yang kritikal ini.

KUSKOP yakin bahawa pelaksanaan Belanjawan 2023 bertemakan Membangunkan Malaysia Madani dapat membangunkan sosioekonomi serta mengetengahkan solusi yang ampuh bagi membantu para usahawan
dan koperasi ke arah kemampanan dan kelestarian perniagaan mereka. – SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button