Hiburan

Risteena & Isa Khan tunda perkahwinan kerana Covid-19

Pasangan pelakon, Nur Risteena Munim dan Isa Khan terpaksa menangguhkan perkahwinan ekoran wabak Covid-19.

Menurut Nur Risteena, mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 20 November lalu kira-kira setahun selepas bertunang.

Sepatutnya saya dan Isa Khan akan bernikah 20 November yang juga sehari selepas hari ulang tahun kelahiran saya.

“Segala persiapan telah pun dibuat. Tetapi disebabkan situasi pandemik yang dihadapi, majlis terpaksa ditunda ke tarikh yang baru,” katanya.

Menurut Risteena, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai ujian kepada mereka berdua.

Jelasnya, dia juga bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya termasuk Isa sendiri.

Sementara itu, Risteena dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya kelihatan sebak dengan keputusan yang terpaksa diambil itu. -SM

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button