Hiburan

Akhshay Kumar mengaku minum air kencing lembu kerana khasiat

AKTOR Bollywood, Akshay Kumar tanpa merasa jijik mendedahkan kepada umum dia minum air kencing lembu setiap hari.

Amalan itu kata Akshay adalah disebabkan dia percaya air kencing lembu mengandungi khasiat perubatan terutamanya bagi melawan wabak Covid-19.

Akshay yang juga penyokong tegar parti nasionalis Hindu Pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi mengakui, minum air kencing lembu bagi tujuan kesihatan di salah satu episod program rancangan reality, Bear Grylls’ Into The Wild.

Semasa diwawancara oleh Grylls dan Huma Qureshi menerusi media sosial Instagram (IG) mengenai promosi program terbitan televisyen Britain itu, Huma sempat mengajukan soalan mengenai promosi program tersebut kepada mereka berdua tentang bagaimana mereka boleh minum air teh yang diperbuat daripada najis gajah.

“Ia bukanlah sesuatu yang buruk memandangkan setiap hari, saya minum air kencing lembu sebagai rawatan Ayurveda,” kata Akshay.

Ini bermakna, pada pandangan aktor yang berusia 53 tahun ini, tiada perbezaan di antara minum air kencing lembu dengan minum teh najis gajah.

Untuk rekod, kerajaan India memperuntukkan jutaan dolar bagi tujuan penyelidikan produk berasaskan bahan kumuhan haiwan ternakan untuk merawat penyakit seperti kencing manis (diabetis) dan kanser.

Tiada bukti saintifik komprehensif bagi menyokong perkara itu tetapi beberapa ahli politik daripada parti Modi mengesyorkan penggunaan najis dan air kencing lembu untuk melawan koronavirus.

Tambah Akshay lagi, dia amat teruja dengan amalannya dan mempunyai air kencing lembu adalah haiwan suci manakala meminum air kencingnya setiap hari adalah ayurvedic.

“Jadi, itu adalah okay,” kata beliau.

Umum juga mengetahui, rata-rata penganut agama Hindu percaya bahawa lembu ialah haiwan suci dan meminum air kencing dari haiwan itu, bermanfaat untuk kesihatan.

Setakat ini, 4.6 juta orang di India dijangkiti pandemik Covid-19 dan wabak itu telah menyebabkan 76,000 kematian. – SM

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button