Hiburan

Mana ada mengandung, berat badan yang naik

KEMUNCULAN Siti Sarah dalam satu program televisyen sebagai juri baru-baru ini mencetuskan tanda tanya sama ada dia mengandung ataupun tidak.

Dakwaan itu timbul selepas netizen melihat bentuk badan penyanyi lagu Kesetiaan sedikit berisi berbanding dengan penampilannya sebelu ini.

Menjelaskan situasi sebenar, Siti Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin telah naik kerana memakan ubat kerana mengalami penyakit anxiety.

“Memang saya akui berat badan saya semakin meningkat. Tetapi bukanlah kerana saya mengandung.

“Buat masa ini saya sedang fasa untuk menurunkan berat badan dan sudah pun berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat,” katanya.

Siti Sarah ditemui Suara Merdeka selepas perasmian lagu Terakhir Buat Teman yang didendangkan bersama Hazama, baru-baru ini.

Menurut Siti Sarah, dia sebelum ini mempunyai kaedah yang tersendiri untuk menurunkan berat badan dan cara itu kini sudah tidak berkesan pada dirinya.

“Sebab itu saya kena jumpa pakar dan kawalan pemakanan saya supaya berat badan dapat diturunkan,” jelasnya.

Ditanya sama ada dia menyimpan hasrat sekiranya dikurniakan rezeki untuk mengandung lagi, Siti Sarah memberitahu yang dia tidak meletak harapan tinggi.

Jelasnya, dia bersyukur jika diberi peluang untuk mengandung lagi tetapi tidaklah begitu kecewa jika belum dikurniakan rezeki itu.

“Saya tahu ada yang memberi ucapan tahniah itu dengan niat untuk berkongsi kegembiraan dan saya ucapkan terima kasih. Begitu juga dengan mereka yang mengambil berat terhadap saya.

“Jangan risau, saya juga tidak marah dengan ucapan-ucapan yang mengatakan saya mengandung,” katanya. -SM

(Visited 951 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button