Ekonomi

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding Dolar AS pada sesi dagangan awal

Ringgit melonjak semula untuk didagangkan lebih tinggi sedikit berbanding Dolar AS pada sesi dagangan awal pada Khamis (10 Mac) berikutan peningkatan selera risiko untuk mata wang tempatan.

Pada sesi pembukaan pagi ini, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1830/1860 berbanding Dolar AS berbanding 4.1845/1875 pada penutup petang semalam.

Ini berikutan harga minyak yang lebih rendah memberikan sinar harapan untuk aset berisiko. Dijangkakan kebimbangan stagflasi akan berkurangan dan ringgit secara beransur-ansur mengukuh.

Manakala pakej bantuan tenaga Kesatuan Eropah (EU) dilihat dapat menstabilkan ekonomi EU, dan memberi kesan positif terhadap mata wang Asia, termasuk Ringgit.

Sementara itu, Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang domestik mengukuh berbanding Yen Jepun kepada 3.6070/6096 daripada 3.6126/6155 pada penutup pada hari Rabu tetapi rendah berbanding Pound Britain kepada 5.5090/5130 daripada 5.5068/5108.

Tetapi ia jatuh berbanding Dolar Singapura kepada 3.0766/0793 daripada 3.0739/0766 pada Rabu dan susut berbanding Euro kepada 4.6226/6259 daripada 4.5912/5945 sebelumnya. – SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button