NasionalPolitik

Revolusi PRU-15: SPR Sudah Boleh Mula Atur Kaedah Jauh Lebih Sistematik

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun hadapan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya sudah bersiap-siaga dengan dengan revolusi pengundian norma baharu.

Mungkin pada Jun atau penghujung Julai 2022 nanti, rakyat tidak lagi perlu buang masa beratur sampai penat. sampai separuh nak mati, semata-mata untuk mengundi.

SPR perlu tampil dengan kaedah yang jauh lebih sistematik berbanding penggunaan dakwat kekal dan cetakan kertas yang sudah kuno serta agak ketinggalan zaman.

Ibarat kata bangunan di Malaysia sudah banyak yang bernafsu untuk mencakar langit tetapi lantainya masih beralaskan tikar mengkuang yang sudah reput.

Apabila bercakap tentang kaedah lebih sistematik, apa salahnya SPR peruntukkan bajet untuk bina satu aplikasi pengundian yang efektif serta boleh dicapai di mana-mana sahaja.


Yang penting ada internet, ada telefon pintar dan dari situ juga pendataan akan jadi lebih tepat tanpa perlu mengupah manusia yang sering buat kesilapan seperti tersilap kira bilangan kertas undi.

Hujung tempoh pengundian, statistik yang dikeluarkan jadi lebih telus serta teratur dan permasalahan kecurian data boleh dielakkan kerana buktinya sudah ada pada MySejahtera.

Satu peranti, siap dengan pengenalan satu individu. Jika menukar peranti sekali pun, hanya satu pengenalan individu yang dibenarkan untuk mengelakkan penipuan.

Paling berkesan, PRU-15 bebas daripada masalah pendatang haram seperti daripada China misalnya yang kita tahu tiada rekod keluar tetapi ada kad pengenalan palsu, masalah ini boleh dielakkan.

Namun demikian, terserah juga kepada pengerusi SPR yang sedang menakhodai suruhanjaya itu sekarang ini. Kalau beliau fikir relevan, buatlah. Nama dia juga yang baik, walaupun idea itu datang daripada penulis.

Tetapi kalau rasa tak logik, tak payahlah buat. Boleh teruskan sahaja kaedah yang kuno ini. Tiada masalah. Boleh sahaja kekalkan sahaja sistem lapuk yang berterusan buang masa pengundi!

(Visited 25 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button