Nasional

Langgar SOP: Polis akan periksa dari rumah ke rumah pada hari raya

POLIS akan meneruskan kaedah yang sama seperti Aidilfitri tahun lalu iaitu mengadakan pemeriksaan mengejut rumah ke rumah bagi  mengesan mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan yang rentas negeri tanpa kebenaran.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, langkah itu bagi memastikan tidak akan yang mengambil kesempatan meloloskan diri ketika pemeriksaan di sekatan jalan.

“Seperti perayaan tahu lalu kita akan menggunakan strategi sama dengan membuat pemeriksaan di rumah yang kita lihat ada banyak sangat kereta untuk memeriksa sama ada ada atau tidak surat kebenaran untuk balik dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Pelancaran Buku 69 Komando: Lahad Datu Mac 2013 di Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta hari ini.

Menurut Abd Rahim berkata, tindakan itu bagimemastikan penularan wabak COVID-19 itu terkawal.


“Kita bukan nak melarang orang ramai hendak balik kampung dan sebagainya tetapi apabila keadaan COVID-19 negara kita dalam keadaan sekarang susah hendak turun ke tahap bawah daripada 2,000 kes, kita bimbang selepas ini kes melonjak hingga 5,000 seperti sebelum ini.

Mengenai pergerakan rentas negeri yang hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis beliau berharap orang ramai tidak salah faham kerana ada penyalahgunaan dan bergerak hujung minggu untuk hadir kenduri kahwin dan sebagainya.

“Bukan tidak boleh bergerak Jumaat, Sabtu dan Ahad jika berlaku kecemasan seperti kematian dan kalau terpaksa juga bekerja hari Jumaat, Sabtu dan Ahad itu, kemukakan surat kita akan benarkan, tiada masalah,” katanya. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button