BeritaNasionalPolitik

Lelaki dakwa diserang secara seksual oleh pemimpin politik berprofil tinggi

SEORANG lelaki hari ini tampil mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur dan mendakwa telah diserang secara fizikal dan seksual oleh seorang pemimpin politik berprofil tinggi.

Lelaki berusia 26 tahun itu mendakwa kejadian itu berlaku pada 16 Mei 2019 dan beliau telah membuat laporan polis serta melampirkan laporan perubatan kecederaan yang dialaminya.

“Malangnya dan mengecewakan, pihak berkuasa gagal mengambil tindakan terhadap perkara yang disebutkan di atas.

“Oleh kerana kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang perlu, saya telah mengemukakan tuntutan sivil terhadap penyerang saya,” katanya dalam sidang akhbar itu.

Beliau menegaskan tindakan itu diambil bukan bermotifkan kewangan, tetapi demi menuntut keadilan.

Serangan seksual itu, katanya, dilakukan ketika dia bertugas dengan pemimpin politik berkenaan.

“Dalam akuan berkanun saya, saya telah perinci kejadian yang berlaku,” katanya.

“Saya adalah mangsa jenayah yang serius, yang telah dilakukan oleh saya oleh para pegawai dan ahli politik.

“Saya tanpa sokongan atau bantuan untuk menolak perkara itu. Saya juga telah jumpa beberapa pemimpin politik untuk membantu, tetapi semuanya mendiamkan diri,” jelasnya.

 

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button