BeritaPolitik

Bersedia ‘gamers’, tahun depan apps, games kena cukai

KUALA LUMPUR – Pengguna telefon pintar Android dan iOS perlu membayar cukai sebanyak enam peratus bagi setiap pembelian aplikasi melalui Google Play, Apple App Store dan Netflix serta Playstation mulai tahun hadapan.

Pengumuman sedemikian pasti membangkitkan kemarahan lebih 20 juta pengguna telefon pintar di negara ini apabila terpaksa berhadapan dengan peningkatan harga menerusi pembelian aplikasi di kedua-dua platform Google dan Apple.

NAJIB TUN RAZAK

Bagaimanapun, tindakan mengenakan cukai terhadap perkhidmatan tersebut ternyata bertentangan dengan dasar kerajaan dalam memperkasakan revolusi industri (IR4.0) dan galakan e-sukan yang baharu diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Hal berkenaan dipertikaikan oleh Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa ramai pengguna tidak mengetahui sambil menyifatkannya sebagai antara cukai-cukai baharu bakal dikenakan kerajaan kepada rakyat bermula Januari 2020.

“Sebarang pembelian digital atau ‘Apps’ termasuk bayaran di Google Play, Apple App Store, Netflix termasuk Playstation akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus oleh kerajaan PH bermula bulan depan.

“Kita nantikan apa lagi cukai baharu yang akan dikenakan oleh kerajaan PH pada tahun depan,” katanya dalam satu status yang dimuat naik dalam akaun Facebook hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button