Nasional

Rapper Altimet bakal berdepan calon dari PN

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesahkan perebutan kerusi Lembah Jaya dalam pilihan raya Selangor.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lembah Jaya Zafrul Fazry Mohd Fauzi mengisytiharkan penamaan kedua-dua calon sebagai sah pada 10.26 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Dato’ Ahmad Razali hari ini.

Tumpuan akan diberikan kepada calon Pakatan Harapan, penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang lebih dikenali sebagai Altimet.

Beliau akan berdepan calon Perikatan Nasional Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga ketua penerangan Pas Ampang.

Altimet menyerahkan borang pencalonannya pada 9.03 pagi, manakala Sharifah Haslizah menghantar borangnya pada 9.06 pagi.

Sementara itu, kerusi Bukit Antarabangsa akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PH Mohd Kamri Kamaruddin dari PKR, Lyna Abdul Latif dari PN dan Melanie Ting dari Malaysian United Democratic Alliance (Muda).

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bukit Antarabangsa, Dr Ani Ahmad.

Kamri tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.02 pagi, manakala Sasha tiba tiga minit kemudian. -SM

Baca : Tok Mat berdepan calon PN satu lawan satu

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button