Nasionalpilihan

Beli baju Melayu peluang menang motosikal, gelang emas

BERBAKI beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, seorang peniaga sanggup menawarkan sebuah motosikal Modenas Kriss 110 (MR3) bernilai hampir RM4,000 bagi menarik pengunjung membeli pakaian baju Melayu yang dijualnya.

Tidak hanya motosikal, turut ditawarkan seutas gelang emas, wang tunai serta pelbagai barangan elektrik seperti kipas, pengisar, dapur gas, sterika, pembancuh kopi dan sebagainya.

Mohd. Faizal Maklip di hadapan gerai B21 yang menjual baju Melayu berjenama The Soultan & Permaisuri di Bazar Aidilfitri Mega Klebang.

Pemiliknya, Mohd. Faizal Maklip, 33, berkata, keseluruhan hadiah bernilai RM20,000 itu khusus buat pengunjung yang membeli pakaian baju Melayu berjenama The Soultan & Permaisuri.

“Saya sanggup mengeluarkan wang untuk membeli motosikal dan barangan lain semata-mata untuk diberikan secara percuma kepada pelanggan yang berbelanja di gerai kami.

“Ini juga adalah usaha untuk menarik pengunjung datang ke gerai kami di Bazar Aidilfitri Mega Klebang kerana sambutan Aidilfitri tinggal beberapa hari lagi.

“Pengunjung yang beli apa sahaja pakaian digerai saya akan layak secara automatik untuk cabutan bertuah yang akan dibuat pada Rabu malam ini,” ujarnya di sini malam tadi.

Mohd. Faizal yang turut mengusahakan butik pengantin berkata, dia menjual baju Melayu, kurta, baju kurung dan baju kebaya yang berkualiti dengan harga serendah RM129 sehingga RM320.

Katanya, bagi yang membeli baju Melayu The Soultan & Permaisuri hasil rekabentuknya itu akan menerima samping dan butang baju secara percuma.

Menurutnya, setakat ini baju berkenaan mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai yang datang ke gerainya. – SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button