Politik

Tok Mat berdepan calon PN satu lawan satu

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan berdepan satu lawan satu menentang calon Perikatan Nasional (PN), Rozmal Malakan dalam mempertahanan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kerusi DUN Rantau, Norazam Nayan mengumumkan pertembungan satu lawan satu antara Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat dan Rozmal.

Mohamad yang juga penyandang kerusi berkenaan selama empat penggal berkata, beliau tidak memandang remeh muka baru Rozmal bertanding atas tiket PN di DUN berkenaan.

“Saya hormat sesiapa sahaja yang bertanding dalam pilihan raya.

“Saya harap seluruh pengundi di DUN Rantau mengundi dan memberi sokongan kepada BN,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Sendayan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, jentera dan penyokong BN perlu memulakan gerak kerja kempen di sekitar kawasan DUN Rantau dan menyantuni seramai mungkin pengundi.

Sementara itu, Rozmal yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya yakin mempunyai peluang membuat kejutan memenangi kerusi DUN Rantau.

Menurutnya, walaupun agak mustahil namun segalanya boleh terjadi memandangkan Mohamad adalah penyandang kerusi tersebut sejak empat penggal lalu.

“Kemenangan bergantung kepada jentera kita dan pengundi. insya-Allah harap segalanya menjadi kenyataan,” kata Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau.

Menurutnya, beliau akan menggunakan sepenuhnya platform media sosial seperti TikTok dan Facebook untuk meraih sokongan daripada penduduk di DUN Rantau. – SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button