NasionalNegeri

Rakyat bermentaliti kelas pertama perlu jaga keindahan Perlis – Raja Muda

SEMUA pihak sebagai rakyat yang bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan hendaklah bersama-sama mengambil tanggungjawab dan berganding bahu bagi sentiasa menjaga keindahan negeri Perlis tercinta ini termasuk menjaga kemudahan insfrastruktur dan fasiliti yang disediakan.

‘Kita juga seharusnya bersama-sama memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan kekayaan budi bahasa rakyat negeri ini terus diperkukuhkan’.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah meninjau Bukit Tau Advanture Park yang beroperasi di Jalan Padang Lati baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi sama oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Zailani Hashim disambut oleh pengusahanya Suhair Yaacob.


Kunjungan Raja Muda adalah sebahagian daripada program kayuhan berbasikal MAIPs Peduli.

Pada kali ini tiga lokasi kediaman asnaf terpilih dijejaki dan juga disantuni iaitu yang tinggal di KampungDarat terdiri daripada Abdul Hamid Dahman 57, Yahaya Mat, 80 dan Che Mohamad Shahimi Che Pa, 42 tahun.

Masing-masing menerima RM700 daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diserahkan sendiri oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs.

BACA https://suaramerdeka.com.my/negara-perlukan-masyarakat-mentaliti-kelas-pertama-raja-muda-perlis/

BACA https://suaramerdeka.com.my/ipt-perlu-lahir-graduan-cemerlang-akademik-juga-kurikulum-sahsiah-diri-raja-muda-perlis/– SM

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button