Berita

Negara perlukan masyarakat mentaliti kelas pertama – Raja Muda Perlis

Negara kita memerlukan rakyat yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan, mengamalkan cara hidup selamat, sihat, bermaruah, penyayang, berilmu, rajin serta berdisiplin.

Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Malaysia’ pada hari ini 16 September 2021 dengan harapan semoga bangsa dan watan ini akan terus kekal merdeka dan berdaulat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia mewakili seluruh warga rejimen yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Beseri, Perlis itu turut mengucapkan Selamat Menyambut ‘Hari Ulantahun Angkatan Tentera Malaysia Ke-88’ dengan slogan ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’ dan ‘Hari Ulangtahun Rejimen Renjer DiRaja Malaysia Ke-58 : Agi Idup Agi Ngelaban’ yang turut disambut pada tarikh yang sama kepada seluruh warganya tidak kira di mana sahaja mereka berada iaitu pada 16 September setiap tahun.

Menurut Tuanku Raja Muda, ‘Memperingati Hari Ulang Tahun sesebuah Angkatan atau Rejimen amat perlu dilaksanakan dengan pelbagai cara walaupun asimetri serta dimensi yang berbeza khususnya bagi mengenang kembali sejarahnya. Sejarah pasti tidak akan berulang, namun, impak daripadanya perlu diambil iktibar dan memastikan ‘aura-aura positif’ di kalangan anggota dapat terus dipamer dan diterjemah melalui perilaku harian’.

Sementara itu, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak selaku Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah yang merupakan barisan kedua pertahanan negara yang dibarisi oleh para sukarelawan dan sukarelawati anak watan negeri ini berkongsi makluman bahawa rejimen berkenaan juga baru sahaja menyambut Hari Ulangtahunnya yang ke 41 pada 7 September iaitu pada minggu yang lalu dan berdoa semoga kita semua terus berusaha keras bagi sama-sama memastikan negeri Perlis dan negara Malaysia tanah tumpah darah kita sentiasa berada di dalam keadaan aman dan makmur di samping rakyat dapat hidup sebagai Keluarga Malaysia yang harmoni, bekerjasama, saling menghormati dan mempraktikkan sifat yang prihatin.

­­

(Visited 446 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button