Nasional

Pemasyhuran Canselor dan Pro-Canselor pertama UCMI

KOLEJ Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) buat julung kalinya mengadakan Majlis Pemasyhuran Canselor dan Pro-Canselor Pertama sejak penubuhannya.

Majlis Pemasyhuran ini diadakan bersempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP Kali Ke-14 yang berlangsung pada 13 Januari 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pada majlis tersebut, tokoh perbankan terkenal, Tan Sri Azman Hashim telah dimasyhurkan sebagai Canselor manakala Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor.

Majlis Pemasyhuran ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Mohd Daud Bakar selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pemasyhuran Canselor dan Pro-Canselor UCMI ini dilakukan setelah pelantikan ini diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Pelantikan Tan Sri Azman Hashim sebagai Canselor UCMI dilihat satu pilihan yang tepat. Pencapaian dan sumbangan besar beliau kepada negara menjadikan beliau antara tokoh yang amat disegani di Malaysia.

Kejayaan beliau dalam membangunkan Ambank telah mengangkat beliau sebagai pengasas yang berjaya dan berpengaruh dalam industri kewangan tempatan.

Beliau tidak hanya berjaya dalam bidang perbankan tetapi juga dalam pembangunan ekonomi Malaysia menjadikan beliau tokoh yang amat disegani di Malaysia.

Profesor Emerita Datuk Dr. Asma binti Ismail juga bukanlah nama yang asing dalam dunia pendidikan.

Sumbangan beliau kepada sistem pendidikan tinggi dan eko-sistem pembangunan sains telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Beliau telah berjaya dalam penemuan saintifik yang membawa kepada penghasilan 16 paten yang dikomersialkan di seluruh dunia serta menghasilkan ujian diagnostik pantas demam tifoid dipanggil TYPHIDOT, yang turut disokong oleh WHO.

Pelantikan kedua-dua tokoh ini mampu menjadi pemangkin kepada usaha UCMI untuk mencapai taraf universitI penuh menjelang 2025 nanti.

Antara graduan UCMI yang berjaya menamatkan pengajian
Antara graduan UCMI yang berjaya menamatkan pengajian

Sementara itu, pada Majlis Konvokesyen UCMI Kali ke-14 yang bertemakan “Umpama Mutiara Yang Bergemerlapan Di Seantero Dunia”, seramai 1029 graduan yang layak bergraduat telah menerima Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil merangkumi pelbagai bidang masing-masing.

Pada majlis yang sama, UCMI turut memperkenalkan Anugerah Canselor buat pertama kalinya bersempena pemasyhuran canselor pada kali ini.

Nurshazwani binti Abd. Jalani, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Farmaseutikal (Kepujian) dari Fakulti Farmasi UCMI telah dianugerahkan Anugerah Canselor bagi Majlis Konvokesyen kali ini. Anugerah ini telah disampaikan oleh Canselor UCMI, Tan Sri Azman Hashim.

Sementara itu, graduan Diploma Sains Perubatan, Wal Ikhwan bin Mustafa dari Fakulti Sains Kesihatan pula telah menerima Anugerah Pingat Emas Perdana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk Majlis Konvokesyen kali ini.

Pihak Kolej Universiti merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Konvokesyen UCMI Kali Ke-14 dan Majlis Pemasyhuran Canselor dan Pro-Canselor UCMI ini. – SM

BACA Anakanda sulung Pemangku Raja Perlis rasmi NCIC 2023

BACA InSTEM 2023 anjuran UCMI berjaya himpunkan penglibatan lebih lima negara

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button