NasionalNegeri

Anakanda sulung Pemangku Raja Perlis rasmi NCIC 2023

ANAKANDA sulung Pemangku Raja Perlis, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail berkenan berangkat menerima undangan bagi merasmikan program ‘National Children’s Industry Chapter 2023’ (NCIC 2023) di Pentas Utama, Atrium, SACC Mall, Shah Alam, Selangor.

Sharifah Khatreena Nuraniah disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan), Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Prof. Dr. Mohd Nazil Salleh.

Sharifah Khatreena Nuraniah diberi sembah maklum ketika berkenan melawat pameran sempena NCIC 2023 di Pentas Utama, Atrium, SACC Mall, Shah Alam, Selangor.

Majlis ini dianjurkan oleh ‘ & (-) dengan kerjasama -K , (), & (), PKNS Real Estate, Gaya Travel Magazine serta rakan-rakan strategik dari industri kanak-kanak.

NCIC 2023 yang bertemakan “Unleashing Creativity, Shaping for Tomorrow” membawa agenda global berlangsung pada 5 dan 6 Ogos lalu.

Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan antaranya, sembang santai industri kanak-kanak, persembahan pentas, ruang aktiviti untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran dan aktiviti booth industri serta banyak lagi.

Sharifah Khatreena Nuraniah diberi sembah maklum ketika berkenan melawat pelbagai aktiviti sempena NCIC 2023 di Pentas Utama, Atrium, SACC Mall, Shah Alam, Selangor.

Industri kanak-kanak yang dipersembahkan menekankan sektor-sektor penting seperti buku, makanan, permainan dan budaya, pakaian dan aplikasi digital, di mana setiap sektor ini memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

Sharifah Khatreena Nuraniah menzahirkan rasa gembira dengan sambutan yang meriah dan berharap agar program seperti ini diperbanyakkan yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada komuniti setempat malah juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan potensi kanak-kanak di Malaysia.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Naib Canselor UCMI, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman. – SM

BACA Pemangku Raja rasmi ‘Perlis – The Undeniable Charm’ di Los Angeles

BACA Penduduk Chuping bertuah berjalan kaki dengan dua anakanda Raja Muda 

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button