Nasional

KKM jawab isu PKP tidak ikut lunas undang-undang

PINDAAN kepada Jadual Pertama Akta 342 bagi menyenaraikan wabak COVID-19 sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menjelaskan wabak COVID-19 merupakan pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia.

“Buat masa ini wabak COVID-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta 342 iaitu “apa- apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa”, menurut kenyataan KKM hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai merujuk kepada dakwaan sesetengah pihak kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Persekutuan tidak mengikut lunas undang-undang.

Ini kerana dakwa pihak berkenaan, antara lain wabak COVID-19 tidak diwartakan sebagai penyakit berjangkit di bawah Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button